UTUSAN Malaysia adalah lidah rasmi BN dan Umno maka apa sahaja yang keluar dari suratkhabar tersebut adalah kebal dari sisi KDN atau apa sahaja undang-undang yang terdapat dalam negara ini. Sejak dulu sampai sekarang tiada siapa yang berani mengetuk kepala Utusan atau menjentik para pengarang besarnya. Laporlah apa sahaja berita yang penting menguntungkan Bn dan Umno.
Walaupun beberapa kali disaman oleh pelbagai pihak namun mereka tidak akan serik-serik bahkan semakin berani semahunya dan hanya apabila semua kembali menghadap Allah Azzawajala maka saat itu barulah diketahui sejauhmana kebalnya mereka dengan berhadapan dengan hukum ALLAH.
Maka biarkanlah Utusan dengan fitnah dan dosanya tetapi yang mampu kita semua jadikan senjata ialah DOA untuk Allah makbulkan hasrat rakyat negara ini untuk keluar dari cengkaman BN dan Umno.
PEMILIHAN TIMBALAN PRESIDEN PAS – melihat kepada kekecewaan serta tewasnya Mad Sabu ketika berentap sebagai calon Timbalan pada penggal dahulu bersama Husam dan akhirnya dimenangi oleh Nasha juga hasil dokongan Dewan Ulamanya yang nekad memenangkan Nasha kerana dia lebih ulamak berbanding dengan dua orang lagi.
Kini beberapa pihak PAS Kawasan diseluruh negara mencalonkan MAd Sabu semula sebagai calon Timbalan dan khabarnya juga Nasha mahu mempertahankanya lagi. Pada pandangan beberapa sudut Mad Sabu dikaitkan dengan pengaruh Syiah dalam organisasi PAS sejak dulu lagi sehingga sekarang namun kini agak kendur kerana PAS dah banyak berkuasa jadi mereka kurang hiraukan pasal Syiah ini.
Nasharuddin Mat Isa walau macamana sekalipun telah memperlihatkan kepimpinannya yang tersendiri dan diterima banyak ahli PAS di semua negeri dan ilmunya juga tak kurang hebat berbanding pimpinan yang lain. Maka sebahagian dari ahli PAS yang akan mengundi dalam muktamat agungnya nanti akan tetap membuat penilaian yang tersendiri siapa MAd Sabu dan siapa Nasha untuk diberi amanah nanti.
ISU AGAMA RASMI PERSEKUTUAN – Sejak dahulu baik dari zaman Bahaman, Mat Kilau dan sehingga zaman Haji Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim fakta berkenaan agama rasmi Malaysia ialah ISLAM maka jangan dilayanlah apa yang Utusan Malaysia sebarkan itu ianya semata-mata hendak ambil hati tuannya dan memecahbelahkan perpaduan dalam PAkatan Rakyat yang nampak bahagia dan aman damai. Itu sahaja tujuan Utusan yang buat sensasi demi menjilat tuanya.
SUMPAH ESKAY – sumpah, sesumpah, pelakon utama dan tambahan dan orang yang tidak bermoral – kita ingin bertanya sanggupkah ESkay, Rahim dan Shuib bersumpah bahawa sebelum mereka bersetuju untuk bersumpah adakah mereka boleh bersumpah bahawa mereka ini semua tidak pernah meninggalkan puasa bulan Ramadahan, solat lima waktu, tidak pernah berzina dengan mana-mana perempuan, tidak minum arak, tidak berjudi dan sebagainya lagi bagi membuktikan bahwa mereka saksi yang bukan fasiq, munafik dan zalim.
Ketika Muhammad Al Fateh pemerintah agung Islam di Othmaniyyah mencari calon untuk melaksanakan penawanan Konstantin mereka mencari siapa yang tidak pernah meninggalkan tahajud, puasa sejak baligh dan lain-lain ciri bagi mencari keredhaan ALlah dalam usaha mereka tersebut. Begitulah juga jika benar si tukang urut profeisonal itu bersama dajal-dajal mereka itu bersih dari dosa besar-besar maka barulah mereka layak bersumpah dan sebagainya lagi.
KEPADA TUAN SS MUFTI PERLIS dan lain-lain lagi, fakta Umno jahat sepatutnya tiada siapa dapat menafikannya lagi tanyalah bekas-bekas pemuka Umno samada yang bergelar Tan Sri, Dato seri, maka mereka akan memeperakukan sifat Umno tersebut. Sekonyong-konyong hendak meminta PAS berbaik dengan Umno dan bersatu dan juga memperakukan kejahatan dan kezaliman Umno tidak membawa apa-papa maknanya kepada Islam.
Biarlah kita semua tewaskan UMno bersama BN melalui kaedah demokrasi dan biarlah rakyat menjadi hakimnya dan jangan sambung hayat Umno dengan cara kotor tersebut.