KENYATAAN MEDIA: Datin Rosmah Mansor melalui peguamnya mengaku bahawa akaun bank yang dipaparkan oleh Serawak Report adalah miliknya. Soalan saya bagaimana seorang suri rumahtangga dalam tempoh dua bulan saja dari 10 feb hingga 23 april 2015 mempunyai pendapatan tunai sebanyak RM2 juta. Itu baru tempoh dua bulan dan dari satu akaun bank.
2. Soalan kedua saya ialah mengapa seorang kakitangan pejabat Perdana Menteri (PMO) yang mendepositkan wang tersebut?. Adakah pegawai tersebut mendeposit wang sebanyak RM2 juta bagi pihak suami Datin Rosmah Mansor. Kalau tindakkan pegawai tersebut bagi pihak suami Rosmah Mansor dari mana suami Rosmah dapat wang sebanyak itu ? Mengikut adik beradik suami Rosmah Allahyarham bapak mertua Rosmah tidak meninggalkan harta pusaka yang banyak.
3. Sebenarnya yang sepatut tanya soalan ini ialah Gabenor bank negara sebaik saja wang sebanyak itu didepositkan kedalam akaun Rosmah. Kerana Bank Negara mempunyai unit pemantauan berpusat keatas setiap akaun dan bank negara akan mendapat laporan mingguan dari semua bank komersial,apatah lagi akaun orang orang yang mempunyai hubungat dengan kedudukan kuasa politik.(pep politically exposed person.). Akaun orang seperti ini sudah semesti diberikan penelitian yang lebih rapi terutama sumber sumber kemasuk wang yang dideposit ke akaun peribadi.contohnya pendapatan bulanan rm30 ribu tiba tiba ada kemasukan rm2.6 bilion atau isteri hanya sebagai suri rumah tiba tiba ada sejumlah RM2 juta dideposit dalam akaun peribadi isteri. Jika ini yang berlaku prosuder biasa bank negara kena melakukan “enhanced due diligent”(EDD). Orang dalam ketegori edd ada potensi melanggar money laundering act. Membersih duit kotor seperti rasuah.
4. Adalah mustahil Gabenor Bank Negara tak terkejut apabila akaun isteri Perdana Menteri dideposit tunai sebanyak RM2 juta. Jangan pula Gebenor Bank Negara kata alarm bell tak bunyi. Gabenor tidak bertanggung jawabkah untuk memaklumkan pada SPRM, atau Gebenor tahu tetapi buat buat tak tahu dan diam saja. Kontrak sebagai Gabenor Bank Negara disambung lagi dah lebih dari sekali.
5.Perkara seperti inilah yang saya gusar akan ketelusan dan keberkesanan pasukkan khas. Betulkah profesional. Kalau betul telus dan perofesional,mengapa sebagai Gabenor Bank Negara tidak ambil tindakan dari awal lagi.
Elok Gabenor letak jawatan sahaja!
Dato’Mahfuz Omar adalah Ahli Parlimen Pokok Sena