Hampir 4000 peserta bersih 4 berkumpul di kompleks beli belah Sogo dan di kompleks Pertama.
Walaupun cuaca agak panas namun mereka tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan dan menyuarakan hak mereka.
Menurut salah seorang peserta bersih 4, walaupun cuaca agak panas, itu tidak mematahkan semangatnya kerana inikah masanya untuk rakyat menyatakan hasrat mereka untuk selamatkan malaysia.
“Kita perlu turun bersih 4 sebab perdana menteri dan menteri-menteri yang lain tidak menghiraukan suara kami, duit kami jatuh, ekonomi negra kami teruk, bagaimana dengan generasi akan datang?
”
“Perhimpunan ini bukan untuk gulingkan kerajaan tetapi tukar pemimin, biar negara kita dalam keadaan yang aman dan baik, ” katanya sambil melaungkan Bersih.
Senator Siti Aisyah Shaikh Malik berkata, rakyat tidak perlu takutkan pemerintah yang zalim, malah teruskan perjuangan untuk menumbangkan kerajaan Barisan nasional.
Tegasnya, pemerintahan kerajaan BN banyak menyesatkan kehidupan rakyat dari segi ekonomi.
“Kita jangan takutkan pemerintah yang ada sekarang, kita perlu tumbangkan kerajaan BN, ini perjuangan kita, teruskan perjuangan kita,” katanya di hadapan Sogo.
Peserta berarak ke Dataran Merdeka pada jam 2.00 petang