ULASAN: Ana harap sangat perjalanan kehidupan hari ini adalah lebih baik daripada semalam. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini fikiran sedikit terganggu. Sejak balik reunion SMVPR rasa demam, sakit tekak mula mengganggu, sebagai kifarah.
Harapan hanya tinggal harapan, apabila dapat berita hal ayahanda (DSAI).
‘So sad this morning….. Why my dad (DSAI)..keluar statement cam tu? Macam orang patah hati. Bukan ke politik juga banyak mengajar rakyat berfikir.
Tanpa semua saf pimpinan Pakatan (PR) yang mengajar, rakyat dan mahasiswa tak tau untuk berfikir baik buruk. Terus menerus menjadi katak di bawah tempurung, minda dijajah pentadbiran UMNO-B End yang kuno..
Kalian telah banyak buka minda rakyat untuk buat perubahan melalui pengajaran. So, as daughter I must always support my dad and mum :-[ ‘
…..SMS ana layangkan pada adikku Izzah..
Kadang kala kita memang rasa give up, jadi lemah di satu tahap. Namun jangan terus mengalah kerana perjuangan kita begitu panjang untuk kebaikan ummah.
Dalam berjuang perlukan pengorbanan. Bila kita berjuang berbagai tekanan perlu kita tempuhi as emosi, rohani dan jasmani turut tergugat. Perlu cari kekuatannya.
Fitnah perjuangan
Fitnah demi fitnah akan kita hadapi. Pilihlah antara meraih syurga atau sebaliknya. Kerja dakwah, politik bukan terletak di bahu seseorang tetapi perlu sokongan dan kerjasama semua pihak agar tidak ada rasa terbeban.Jadikan kerja perjuangan ini sebagai amal jariah kita demi ummah. Namun carilah kekuatan itu dengan mendekati Allah SWT, zikuruallah, almathurat, majlis usrah, pendekatan alim ulama.
Jadikan Nabi Muhamamad S.A.W role model terbaik darisegi pentadbiran di luar dan juga dirumah sehingga kegemilangan ISLAM dikecapi.
Baginda tidak sekali mengalah pada musuh- musuh nya.., Baginda tidak mahu musuh-musuh ISLAM ketawa riang apabila melihat kelemahan kita..
‘So..DSAI famly and all saf pimpinan PR pls don’t giveup.. kehidupan mesti diteruskan..’
Pintaku.. ya-Allah berikan kekuatan kepada semua pimpinanan dan jentera-jentera PR untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan rakyat dengan baik, amiin ya rab.
Kesedihan dan kekuatan
Adikku Izzah, juga rasa terkejut dengan statement DSAI pagi ini yang tersebar luas.. namun insya-allah kita semua akan cuba menjadi tulang belakangnya, ‘tq sis for supported.. kita berusaha, bukan pasrah… erm..’ tak sanggup ana membaca smsnya lagi..Ana dapat rasa kesedihan yang dipikul mereka sekeluarga since 1998 lagi..
Perkembangan dari semasa ke semasa, ana ikuti sehingga ukhwah ini terputik bersama keluarga ini. Terus membantu setakat yang termampu sebagai sokongan moral pada keluarga.
Ya-Allah berilah aku kekuatan untuk hadapi ini, jauhi fitnah yang melanda insan yang ana sayang..
Apa yang harus ana lakukan.. rasa batu besar menghimpap dada.. inilah akibatnya bahayanya lidah bagi yang suka membawa fitnah.. Bagaimana ana ingin membantunya..
“Allah tidak akan uji hambanya di luar kemampuan hambanya, melainkan mengikut kemampuan hambanya”.