Kejayaan awal peserta Bersih 4 adalah mengelakkan tindakan polis pada 6 jam pertama.
Bersih 2.0 dan 3.0 polis meleraikan perhimpunan secara ganas pada petang hari.
Himpunan malam tadi berjaya mengumpulkan lebih 30,000 peserta untuk tidur di Dataran Merdeka dan kawasan sekelilingnya.
Mereka dihiburkan pelbagai acara oleh kumpulan muzik anak muda dan mendengar ceramah dari pimpinan Pakatan Rakyat 2.0.
Antara yang tidur di dalam khemah di Dataran Merdeka ialah Pengerusi GHB Mat Sabu, Naib Presiden PKR Tian Chua dan banyak lagi.
Sementara itu dilaporkan terdapat kes sabotaj peserta diberi minum air kotak beracun.
Punca masih belum dikenal pasti, sama ada minuman tersebut luput tarikh atau diracun.
Beberapa orang dilaporkan muntah-muntah selepas jam 12.00 malam tadi