Last update04:51:10 AM GMT


You are here Utama Berita Berita Kanan Sekolah Tahfiz Sains Az-Zahra menjana pendidikan muslim terbaik

Sekolah Tahfiz Sains Az-Zahra menjana pendidikan muslim terbaik

  • PDF
Gombak : Dalam melahirkan pemimpin Islam yang cemerlang seimbang akademik dan islamik ia bermula daripada ibubapa dalam mencorakkan kehidupan anak-anak.
Fenomena hari ini amat me mbimbangkan seluruh masyarakat umum dan pimpinan apabila jenayah semakin meningkat di peringkat usia muda.
Kajian menunjukan perkara ini berlaku berpunca kegagalan ibubapa mencorak kehidupan anak-anak mengenal Allah SWT , menerapkan nilai-nilai murni, pendidikan di rumah serta sekolah , kata Pengetua Sekolah Mahad Tahzif Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ), Nazratun Nafizah Akhtar Husin kepada pemberita.
Menurut beliau, pelbagai tindakan telah diambil pihak berwajib dalam mengatasi masalah gejala sosial dikalangan pelajar namun isu ini masih tidak dapat diselesaikan dengan sebaiknya.
Justeru, pihak MTSFAZ mengambil inisatif untuk membantu pimpinan dan masyarakat menyelesai masalah ini dengan menubuhkan Sekolah Mahad Tahfiz Sains yang bukan sahaja fokus pada pendidikan islamik namun menitik berat dalam akademik juga.
Tambah Nazratun, saya percaya apabila pelajar dibentuk sejak dari kecil mengenal Allah SWT, Rasul mengamalkan Al-Quran, Al-sunah dalam kehidupannya serta menitik berat dalam bidang akademik insya-Allah sedikit sebanyak masalah ini selesai juga.
Ujarnya lagi, selain itu Ibubapa juga harus memberi kerjasama dengan sekolah serta memberi perhatian terhadap anak-anak agar mereka tidak merasa kehilangan tempat mengadu kerana kesibukan ibubapa dalam kerjaya.
Bagi pihak MTSFAZ, dalam membantu menyelesaikan masalah ini kita telah adakan Forum Hal Ehwal Rumahtangga sempena perasmian MTSFAZ Majlis Makan Malam Amal di Dewan Komuniti, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak.
Antara Penceramah yang diundang Ustaz Dr Zahazan Mohamed dan Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin. Ibubapa pelajar diberi peluang untuk mengemuka pelbagai soalan kepada penceramah, katanya.
Pemberita difahamkan oleh Pengetua MTSFAZ, pihak sekolah memerlukan dana pembangunan, dan kelengkapan alat membantu mengajar yang berteknologi multimedia dan efisien untuk memberi keselesaan kepada semua pelajar.
Menurut Nazratun, MTSFAZ memerlukan dana sebanyak RM100,000. Sumbangan boleh di salurkan kepada The sritifaz global. Akaun nombor 562405603814 maybank.

Pendafataran pelajar baru sesi 2013 tahun 1 sehhingga tahun 6 telah dibuka. Masyarakat yang berminat untuk menghantar anak-anak ke MTSFAZ boleh menghubungi talian 013-6893185, Che Sue.