Last update06:02:46 AM GMT


You are here Utama Berita Berita Kanan Empangan Paya Peda pecah, bina semula guna duit rakyat

Empangan Paya Peda pecah, bina semula guna duit rakyat

  • PDF


Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail mendakwa, tindakan Menteri Besar (MB) Terengganu, Ahmad Said mengarahkan empangan Paya Peda di Besut dipecahkan bertujuan melindungi kontraktor yang merupakan kroni Umno-BN.

"Sebenarnya empangan itu pecah dengan sendiri kerana dibina tidak mengikut spesifikasi.

"Jadi MB umumkan empangan terpaksa dipecahkan. Bermakna kontraktor tidak perlu mengeluarkan belanja untuk bina semula dengan duit dia. Tapi guna peruntukan kerajaan yang merupakan wang rakyat," katanya kepada Suara Keadilan.

Kontrak pembinaan empangan Paya Peda dianugerah kepada Jaks Resources Berhad JV Pembinaan Sujaman Sdn Bhd oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia pada 19 November 2009.

Antara ahli Lembaga Pengarah Jaks Resources ialah Law Hieng Ding, bekas Menteri Sains Teknologi dan Alam Sekitar kerajaan Barisan Nasional dari tahun 1990 hingga 2004.

Dakwa Azan lagi, antara pemegang kepentingan syarikat kontraktor pembinaan empangan Paya Peda, ialah Razali Merican Naina Merican, adik kepada Ketua Penerangan Pemuda Umno, Reezal Naina Merican.

Menurut catatan CIDB, kos pembinaan ialah RM167 juta, namun lapoan media menyebut Ahmad Said mengumumkan semula bahawa kosnya meningkat kepada RM333 juta.

Empangan seluas 77 kilometer persegi terletak 1.5 kilometer di Hulu Angga Barrage atau 17 kilometer dari Bandar Jertih.

Berikutan tindakan memecah empangan 24 Disember lalu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 2,000 penduduk terpaksa dipindahkan.