Last update06:02:46 AM GMT


You are here Utama Berita Berita Kiri Ya untuk Psy, "Tidak untuk BN"

Ya untuk Psy, "Tidak untuk BN"

  • PDF
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malu besar apabila hampir 30,000 hadirin yang hadir dalam konsert percuma sempena program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina adalah untuk menonton persembahan dari penyanyi pop Korea Selatan, Psy semata dan bukan kerana menghargai Umno BN.
Sebelum menjemput Psy ke atas pentas, beliau cuba untuk meniup semangat Umno Bn kepada penonton namun dilayan dengan kata-kata tidak oleh ribuan hadirin.
"Adakah anda bersedia untuk Psy?," kata Najib disambut dengan teriakan 'ya' oleh hadirin.
"Adakah anda bersedia untuk BN?," kata Najib disambut dengan sorakan 'tidak' puluhan ribu rakyat yang hadir pada acara anjuran BN di Kolej Han Chiang , Pulau Pinang, tengah hari tadi.