Last update09:27:55 AM GMT


You are here Utama Berita Berita Kanan PAS umum 9 calon bertanding di Pahang

PAS umum 9 calon bertanding di Pahang

  • PDF

KUANTAN: PAS Pahang telah mengumumkan sembilan calonnya yang akan bertanding dalam pilhanraya umum ke-13.

Pesuruhjayanya, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan empat lagi calon PAS yang bakal bertanding bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun), iaitu N12 Beserah, Andansura, N16 Inderapura, Syed Mohamad Anis Syed Hussein, N 17, Sungai Lembing, Sulaiman Md Derus, N 20 Pulau Manis, Othman Bakar dan N21, Peramujaya, Abu Kassim Manaf.

Sebelum ini beliau telah mengumumkan calon PAS bagi kerusi N15 Tanjung Lumpur, Rosli Jabar dan N18 Pancing, Yusof Embong, N32 Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Muhamad dan P88 Temerloh Nasurddin Hassan Tontowi semasa kunjungan treler negara berkebajikan.

Menurut beliau, kesemua calon-calon yang diumumkan itu telah mendapat kelulusan daripada pihak tetinggi parti dan mereka akan mewakili Pakatan Rakyat menentang calon BN.

Terdapat tiga muka baru yang ditonjolkan ini iaitu calon Dun Beserah, Andansura, Inderapura Syed Mohamad Anis Syed Hussein dan Sulaman Derus Dun Sungai Lembing.

Difahamkan PAS akan betanding 21 kerusi Dun daripada manakala enam kerusi iaitu N2Jelai, N3 Padang Tengku, N8 Dong, N9 Tahan, N11 Pulau Tawar, N12 Beserah , N15 Tanjung Lumpur, N16 Inderapura, N17 Sungai Lembing, N19 Panching, N20 Pulau Manis, N21 Peramu Jaya, N24 Luit, N26 Chenor, N28 Kerdau, N29 Jengka, N32 Kuala Semantan, N36 Pelangai, N37 Guai, N40 Bukit Ibam, N42 Tioman.

Dun Pahang mempunyai 42 kerusi 21 kerusi selebihnya akan di tandingi oleh KeADILan dan DAP.