Walaupun kemelut kerajaan BN Terengganu memperlihatkan pentadbiran MB Mohamad Razif seperti telur di hujung tanduk kerana bekas MB Ahmad Said beberapa kali mengancam akan meninggalkan BN dan bekerjasama dengan Pas, namun pemerhati politik yang rapat dengan sumber dalaman Pas mengesahkan parti itu tidak akan mengambil peluang di atas kekecohan yang berlaku.
Pakatan dalaman
Menurut sumber Pas, parti itu telah mempunyai persefahaman ‘longgar’ dengan Umno sejak beberapa bulan lalu bagi mempertahankan MB Razif kekal sehingga pilihan raya umum ke 14
Sultan Mizan telah dimaklumkan pendirian Pas berkenaan.
Takut Syed Azman jadi MB
Pas didakwa tidak berkenan sekiranya kerajaan BN tumbang akibat pembelotan Ahmad Said maka Adun Batu Buruk YB Dr Syed Azman akan dipilih Sultan menjadi MB Terengganu yang baharu
Hal ini kerana Syed Azman mempunyai hubungan persaudaraan dengan Sultan Mizan. Pas pula didakwa mencurigai Syed Azman adalah penyokong Parti Amanah Negara atau ‘puak harum manis’ dalam Pas negeri.
Main wayang
Oleh itu, Pas ‘bermain wayang’ dengan penyokong sendiri dan parti-parti lain kononnya mereka akan beraksi jika Mat Said mengisytihar keluar Umno atau dipecat dari parti itu
Hakikatnya, Pas yang mengekalkan pemerintahan Umno selepas Mat Said dan dua lagi Adun BN meninggalkan Umno pada 2014 lalu.
Pas tidak bertindak seperti sebuah parti pembangkang yang punyai 15 kerusi + 1 kerusi PKR. Pas tidak menghadap DYMM Sultan Mizan atau membawa usul sidang tergempar DUN atau melakukan usaha serius menjatuhkan kerajaan Umno BN sejak setahun lalu.