Hari kedua perhimpunan Bersih 4 masih ramai lagi peserta berada dan tidak berganjak dari sekitar tempat berhimpun.
Dari Masjid Jamek kelihatan lebih kurang 1000 orang yang baru tiba dan berarak menuju ke Dataran Merdeka untuk menyertai para peserta yang lain.
Sebahagian dari peserta Bersih 4 ini telah bermalam di sepanjang jalan, kaki lima dan khemah di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak termasuk beberapa pemimpin seperti Mat Sabu, Lim Kit Siang, Tony Pua dan beberapa pemimpin lain.
Masuk hari kedua ini, warga Bersih masih kelihatan bersemangat dan masih kekal meneruskan matlamat masing-masing menyertai himpunan tersebut yang utamanya menuntut perdana menteri Datuk Seri Najib meletak jawatan.
Sebelum ini pihak polis telah mengistiharkan perhimpunan Bersih 4 ini adalah haram dan memberi amaran kepada rakyat Malaysia untuk tidak hadir.
Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi juga turut mengharamkan kepada sesiapa sahaja berpakaian kuning dan yang memiliki tulisan Bersih 4.
Walaubagaimanapun, majoriti rakyat Malaysia yang telah membanjiri bandaraya Kuala Lumpur telah berpakaian kuning dan bertulisan Bersih 4.
Setakat ini juga, peserta Bersih 4 telah memberi kerjasama sepenuhnya dengsn pihak polis dengan berhimpun secara aman dan tiada sebarang provokasi dari mereka.
Himpunan Bersih 4 ini dijangka akan berakhir pada 11.59 malam ini dan mencukupkan 34 jam rakyat Malaysia berhimpun.