KENYATAAN MEDIA: SJKC mengambil penting terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dan berusaha sedaya upaya selama ini untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid. Atas usaha ini, tahap penguasaan Bahasa Melayu di SJKC telah menampakkan peningkatan yang ketara sejak tahun 70-an sehingga hari ini.
2. Dengan ini menegaskan bahawa kami tidak bersetuju dengan cadangan Penyamarataan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) yang dikemukakan oleh KPM kerana ini bukan sahaja mengingkari prinsip pendidikan malah tidak sesuai dengan keadaan realiti dan keperluan SJKC.
3. Kami bercadang supaya KPM menubuhkan satu Jawatankuasa Khas yang merangkumi pakar-pakar dan wakil-wakil yang kami cadangkan untuk bersama-sama mengkaji dan mencari jalan penyelesaian yang sesuai bagi meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid SJKC.
Sebulat suara daripada 7 pertubuhan masyarakat Cina seperti berikut:
(1) Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia
(2) Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia
(3) Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia
(4) LLG Cultural Development Centre
(5) Centre For Malaysian Chinese Studies
(6) Persatuan Kesusasteraan Dan Kesenian Malaya Selatan
(7)Majlis Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Conforming Malaysia