Oleh: Selena Tay
Rakyat tertanya-tanya mengenai penjelasan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz baru-baru ini mengadaikan pelancong asing akan lebih banyak berkunjung ke Malaysia selepas nilai ringgit susut, RM3.90 berbanding AS$1.
Kata beliau, pelancong dari negara yang nilai wangnya lebih besar seperti United Kingdom and Eropah akan membelanjakan wang mereka di Malaysia lebih banyak kerana nilai pertukaran yang tinggi.
Bagaimanapun retorik Nazri tidak menjadi apabila laporan sebuah akhbar harian Bahasa Inggeris bertarikh 11 Ogos lalu mengesahkan jumlah pelancong asing yang datang ke Malaysia turun sebanyak 30 peratus sejak enam bulan kebelakangan ini, dalam artikel bertajuk ‘Major drop in number of tourist arrivals’.
Presiden MATTA (Malaysian Association of Tour and Travel Agents), Hamzah Rahmat dalam artikel itu berkata bahawa beliau berharap situasi yang membimbangkan itu akan pulih semula.
Dalam pada itu, nilai Ringgit yang semakin menurun amat membebankan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang belajar di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat atau di United Kingdom.
Kini rakyat Malaysia terpaksa membayar RM4 untuk memperolehi AS$1 dan lebih dari RM6.25 untuk memperolehi 1 Pound Sterling (matawang Great Britain). Ini akan menyebabkan banyak barang terutamanya runcit mengalami kenaikan harga. Seterusnya rakyat akan berasa susah untuk menjimatkan wang.
Selain daripada itu, pengimportan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh sebagaimana dicadangkan kerajaan BN menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia kerana para pekerja tersebut akan membawa masuk berbagai gejala sosial selain menyebabkan pengaliran keluar matawang Ringgit apabila mereka mengirim wang balik ke negara mereka.
Terkini, dengan pembungan pekerjaan dalam sektor industri kecil dikhuatiri pekerja Bangladesh tersebut tidak akan mempunyai pekerjaan sebaik sahaja tiba di negara ini. Rakyat amat tertekan dengan keputusan mengarut dan ‘tidak berakal’ yang dilakukan kerajaan hari ini.