Notis telah diserahkan kepada keluarga ahli perniagaan Jho Low dan bekas pegawai tertinggi SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil dan Datuk Suboh Mohd Yassin, untuk hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan.
Difahamkan notis tersebut diserahkan awal minggu ini, selepas SPRM mengumumkan Sabtu lalu bahawa badan itu sedang mencari Jho Low, Nik Faisal dan Suboh.
Memetik sumber dari SPRM yang tidak mahu disebut sebagai mengesahkan penyerahan notis tersebut kepada keluarga Jho Low di Pulau Pinang dan juga kepada individu lain.
Ia tidak diketahui sama ada Jho Low, atau nama penuhnya Low Taek Jho, telah dihubungi SPRM.
(Visited 157 times, 1 visits today)