KENYATAAN MEDIA: Setelah mengambil perkiraan daripada pelbagai aspek sama ada negatif dan positif, kami telah membuat keputusan meletakkan jawatan masing-masing.
Walaupun tindakan ini dilihat terlalu drastik, namun kami menganggap ia adalah langkah terbaik kepada PAS agar selesa dengan gerak kerjanya melalui pendekatan semasa yang diambil oleh parti itu.
Perletakan jawatan kami di dalam PAS juga memberi ruang kepada kami meneruskan perjuangan yang didokong selama ini melalui wadah yang lebih sesuai.
Kami melihat Parti Amanah Negara (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan yang baru ditubuhkan ini sesuai dengan fikrah perjuangan yang didokong selama ini.
Walaupun kami tidak lagi bersama PAS, diharap hubungan dan ukhwah sesama kami akan terus baik kerana matlamat perjuangan masih sama iaitu Islam, cuma melalui bahtera dan kaedah yang berbeza.
Istiqamah dalam perjuangan Islam
USTAZ ZULKIFLI BIN AHMAD
Yang Dipertua
ROSNI BIN ABU BAKAR
Timbalan Yang Dipertua
KUNJI BIN MOHAMED
Penolong Setiausaha
AZLANI NORMAN BIN BARI
Ketua Penerangan
IR HAJI MAZLAN OTHMAN
Ahli Jawatankuasa merangkap Mantan Calon DUN Lintang (PRU10,11 &13)