Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah bertemu dengan Mohamad Sabu, pemimpin Parti Amanah Negara dalam satu mesyuarat tertutup semalam.
Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden PKR menyebut Dr Wan Azizah dan Mat Sabu membincangkan secara terperinci hala tuju gabungan baru pembangkang dalam mesyuarat tersebut.
“Kami mengadakan mesyuarat yang berhasil untuk membincangkan hala tuju yang sama dan prinsip kedua-dua pihak. Saya amat berbesar hati mengalu-alukan Parti Amanah Nasional sebagai parti pembangkang baru”
Dato’ Seri Dr Wan Azizah menekankan perlunya pihak pembangkang yang kuat dan bersatu padu untuk mencabar Barisan Nasional dalam isu-isu semasa dan dalam pilihan raya umum yang akan datang.
“Krisis keyakinan yang melanda Malaysia hari ini menuntut alternatif kepada kerajaan BN. Saya yakin bahawa pakatan pembangkang baru akan menjadi lebih kuat dan dalam kedudukan yang lebih baik untuk melawan rasuah dan salah urus ekonomi pentadbiran Najib.”
“Kami mencapai banyak kemajuan ke arah pembentukan pakatan pembangkang yang baru, dan saya akan bertemu dengan pimpinan PAS dan DAP dalam tempoh seminggu akan datang untuk membincangkan yang sama”, kata presiden KEADILAN itu dalam satu kenyataan.
Menurut sumber, Presiden PKR selepas ini akan bertemu pemimpin DAP dan Pas untuk membincangkan inisiatif Pakatan 2.0.
Pas akan diminta maklum balas sama ada mereka akan menyertai Pakatan baharu atau tidak berdasarkan strategi politik mereka.