KENYATAAN MEDIA: Satu laporan polis telah dibuat terhadap Dato’Seri Najib pada 30 Ogos 2015 di ibu pejabat Polis Hong kong oleh Datuk Khairudin Abu Hassan bekas Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan. Laporan tersebut adalah berkaitan dengan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Najib adalah penanda tangan (signatory) cek untuk empat syarikat di Hong kong.
2. Berasaskan laporan polis tersebut Najib didakwa telah menjadi penanda tangan (signatory) kepada empat syarikat di Hong Kong. Senarai syarikat seperti dibawah.
a)Alliance Assets International Limeted.
b)Cityfield Enterprises Limited.
c)Bartinggale International Limited.
d)Wonder Quest Investments Limited.
Semua syarikat tersebut menggunakan alamat yang sama iaitu 23-f Three, Exchange Square, No 8, Connaught Place Hong Kong serta akaun bank yang sama iaitu Credit Suisse AG cawangan Hong Kong dan dikata di dalam akaun-akaun syarikat tersebut pernah mempunyai rekod simpanan sejumlah RM1.25 bilion.
3. Persoalannya sekarang ialah rakyat Malaysia ingin tahu dari PM ialah apakah benar laporan tersebut yang didakwa ke atas Dato’Seri. Hingga sekarang tiada sebarang penafian dari YAB. Jika benar seperti laporan tersebut rakyat ingin mengetahui apa kepentingan dan kedudukan Dato’ Seri dalam empat syarikat tersebut. Adakah Dato’ Seri merupakan pemilik tunggal syarikat tersebut berdasarkan laporan polis tersebut mendakwa Dato’Seri ialah penanda tangan (signatory) tunggal akaun akaun tersebut.
4. Jika benar dakwaan dari laporan polis tersebut rakyat juga ingin mengetahui apakah jenis perniagaan empat syarikat tersebut dan sudah berapa lama Dato’ Seri menguruskan syarikat tersebut dan berapa modal berbayar serta dari sumber mana Dato’ Seri memperolehi modal untuk menguruskan syarikat yang berpengkalan di Hong Kong?.
5. Jawapan dan penjelasan dari YAB Dato’Seri sangat dinanti oleh rakyat dan ianya akan menjadi panduan dan motivasi pada usahawan usahawan Malaysia khusus bumiputra untuk mengorak langkah menjejaki kejayaan Dato’Seri.
Dato’Mahfuz Hj Omar adalah Ahli Parlimen Pokok Sena