Kenaikan nilai dolar Amerika berbanding ringgit yang dikatakan kerajaan BN baik untuk eksport menyebabkan banyak industri yang menyediakan produk untuk pasaran tempatan gulung tikar atau membuang pekerja
Simon Yap, seorang pekerja kilang di Selangor berkata, industri pengeluar produk tempatan tidak mendapat manfaat dari kenaikan nilai mata wang dolar.
“Bagi kilang yang membuat barangan untuk kegunaan tempatan pula, kerugian akan dialami dengan pembelian bahan mentah dengan kos yang lebih tinggi dan permintaan yang berkurangan,” kata jiran tersebut, Simon Yap yang berusia 45 tahun yang mempunyai 3 orang anak yang sedang bersekolah.
Yap memberi contoh kilang pembuatan barangan plastik seperti bekas menyimpan makanan, baldi dan gayung dan berkata kilang seperti itu akan membuang pekerja kerana barangan yang dihasilkan bukan dibeli setiap hari dengan kekerapan yang banyak.
“Bukan hari-hari anda akan membeli gayung ataupun baldi. Barang seperti itu tahan lama,” sambung beliau. Oleh itu, kilang yang membuat barangan untuk kegunaan tempatan telah mengurangkan pekerja.
Selain dari itu, jiran seorang lagi, seorang surirumah bernama Kim Lee yang telah bekerja sebagai ‘sales promoter’ untuk bulan Ogos masih lagi sedang menunggu gaji beliau.
“Zaman ini, bukan senang nak dapat gaji. Kadang-kala gaji dilewatkan bayarannya. Ini yang membuat saya malas bekerja, kurang motivasi lah,” ujar beliau.