Penubuhan Pakatan Harapan secara konsesus oleh PKR, DAP dan AMANAH mendorong usaha menghentikan Najib sebagai Perdana Menteri mengikus lunas perlembagaan berterusan, kata Pengerusi Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi.
Katanya, Pakatan Harapan bakal mengukuhkan kepercayaan awam untuk melakukan Kerajaan Peralihan melalui undi
tidak percaya terhadap Datuk Serii Najib Razak di Dewan Rakyat, selain menguatkan sokongan rakyat di Selangor dan
Pulau Pinang.
“Undi tidak percaya adalah salah satu proses demokrasi, dengan Perdana Menteri Australia telah pun bertukar tangan
melalui proses ini secara demokratik dan aman.
Diharapkan, Pakatan Harapan dengan dasar bersama yang lebih jelas oleh terus mencari jalan untuk menghentikan
Najib,” kata Ahli Jawatankuasa Pusat AMANAH itu pada kenyataan media, hari ini.
Mengenai penubuhan pakatan baharu itu, Phahrolrazi berkata, PasMa menyokong penuh sistem dua parti kerana ia
mendorong peluang lebih cerah untuk mengambil alih Kerajaan Umno BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak.
Justeru, beliau menyeru rakyat Malaysia khususnya yang menyumbang 51 peratus undi popular kepada Pakatan Rakyat
pada pilihan raya umum lalu supaya meneruskan sokongan kepada Pakatan Harapan Rakyat.