Menjelang hari khamis ini para perwakilan PAS yang akan selesai bermuktamar bagi Dewan-Dewan Ulamak. Pemuda dan Muslimat
telah memperlihatkan keazaman mereka yang turut juga akan menjadi perwakilan ke peringkat pemilihan pusat telah membuat perhitungan untuk memilih jawatan-jawatan utama PAS seperti Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan AJK Pusat yang lain.
Peluang Dato Tuan masih dihantui oleh kehebatan Mad Sabu yang akan merebut kerusi no 2 PAS itu dengan kerja keras pasukan kempen Mad Sabu yang diketuai oleh bekas-bekas pemimpin Pemuda sezaman dengannya dan juga pihak luar termasuk dari parti sahabat seperti PKR yang akan menyokongnya memenangi pertandingan kali ini.
Dato Tuan hanya dibayangi oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dan negeri-negeri dan juga slogan iaitu jawatan no 2 diisi oleh golongan ulamak juga. Perkara seperti ini sering berlegar dalam PAS antara ulamak dan bukan ulamak (sekular). Antara mereka yang mendapat didikan agama dan juga bukan agama. Sedangkan pesan al marhum Ustaz Dato Fadzil Noor jelas iaitu gandingan para ulamak dan juga mereka yang faham perjuangan Islam dan medapat tarbiyyah dalam PAS mesti bekerjasama antara keduanya.
Mohamad Sabu seperti juga Mustafa Ali keduanya contoh pemimpin dalam PAS yang tidak terdidik dengan kelulusan agama secara terus tetapi tetap unggul dalam saf kepimpinan PAS sejak dahulu lagi. Adapun ahli-ahli baru PAS kini dan juga perwakilan yang akan mengundi dalam muktamar penuh nanti jika mereka bukan datang dari pentarbiyyahan yang betul dalam hiraki PAS maka dibimbangi mereka semua akan terpengaruh dengan dakyah akhbar musuh dan golongan yang sedang mencari makan dalam PAS sekarang ini.
Hasrat Mohamad Sabu sangat jelas sejak dahulu iaitu ingin membawa transformasi yang jelas bersesuaian dengan gabungan mereka kini dalam Pakatan Rakyat. Mohamad melihat prestasi Nasharuddin sejak memegang jawatan no 2 agak mengecewakan ahli apabila kurang bijak menanggani permasalahan dalaman parti dengan kemaskini.
Begitu juga apabila menghadapi kerenah PKR dan DAP ahli mengharapkan Nasharuddin bijak membela parti dan memperjelaskan pendirian Islamik parti apabila berkongsi memerintah beberapa negeri kini. Inilah antara isu yang ditimbulkan banyak pihak yang mahu melihat perubahan kepimpinan dalam PAS.
Pun begitu dengan tawaran Tuan Ibrahim disaat akhir maka perubahan sokongan kepada Mad Sabu yang dahulu agak solid kini terbahagi kepada beberapa pendapat yang akhirnya menyebelahi Tuan Ibrahim. Pujuk memujuk adalah permainan biasa dan bukan rasuah seperti Umno apabila berlakunya sebarang pertandingan.
Tuan Ibrahim adalah tokoh yang berwiwbawa dalam dan luar PAS kerana semasa masih di UITM beliau telah diberikan penghargaan oleh Istana Pahang dengan menganugerahka darjah kebesaran dan ketika mula-mula bertanding telah memenangi DUN Jengka dengan mudah juga. Ketika bertanding sebagai AJK PAS Pusat pernah mendapat undi yang agak memberangsang semua ahli.Di Pahang dengan gandingan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya dan ahli perhubungan negeri maka banyak perubahan telah berlaku di Pahang. Ini semua sebagai nilai tambah untuk beliau diyakini menggalas jawatan no 2 parti nanti.
Kepada semua perwakilan PAS ingat kesemua yang akan memenangi jawatan-jawatan dalam parti kali ini akan menghadapi pilihanraya umum ke 13 dan bakal mencabar lebih daripada PRU terdahulu. Maka pilihan saudara semua akan mencerminkan kehendak ahli yang mengamanahkannya kepada wakil-wakil kawasan untuk memilih pemimpin.
Bahkan kesemua calon adalah dikira layak dan berketrampilan walau memilih siapapun namun antara semua itu ada yang lebih baik dan terbaik bagi memikul amanah yang besar iaitu memperjuangkan agama Allah.
SENDALOKA MUKTAMAR PAS KE 57
JANGAN TERKEJUT JIKA NASHARUDDIN MAT ISA MASIH KEKAL KERANA UNDI TERBELAH TIGA
NASHA BERTANDING BUKAN SEORANG DIRI BAHKAN ADA PEMIMPIN TERTINGGI DIBELAKANGNYA
MOHAMAD SABU HANYA AYAM SABUNG PAS MENANG ATAU KALAH
TUAN IBRAHIM TUAN MAN ADALAH RESTU TOK GURU MURSYIDUL AM PAS