Pemimpin Parti Amanah Negara mengadakan pertemuan dengan ulama-ulama dunia dalam misi memperkenalkan parti itu kepada mereka.
Misi tersebut adalah untuk menjelaskan bahawa Amanah bukanlah hanya sekadar serpihan Pas tetapi merupakan sebuah gerakan Islam yang mantap dalam politik arena politik tempatan dan antara bangsa.
Sehubungan itu, satu pertemuan telah dilakukan pada 13 Oktober dengan Syaikh Prof Dr Ali Muhyiddin Al-Qaradaghi, Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia di Doha, Qatar.
Sheikh Ali diterangkan tujuan penubuhan sebuah parti Islam baharu di Malaysia bagi memantapkan lagi perjuangan Islam dalam kalangan masyarakat majmuk.
Rombongan disertai oleh Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, Asmuwi Awi dan ulama terkenal ustaz Abdul Ghani Shamsudin.