Setelah gagal menerajui semula Selangor, Dr Khir Toyo terpaksa menggalas sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor, kehilangan jawatan sebagai Pengerusi Umno Selangor dan terakhir terpaksa berhenti sebagai Ketua Pembangkang dan akhirnya kena dakwa kerana beberapa salahlaku dan rasuah semasa menjadi MB Selangor.
Beberapa ketika ini pula kena memulangkan semula pingat Darjah Kebesaran anugerah Sultan Selangor kerana terbabit dengan dakwaan rasuah yang sedang dalam perbicaraan.
Beliau juga beranggapan bahawa dia seperti sibuta hilang tongkat kerana dibuli oleh sesiapa sahaja (blog dr khir toyo).
Begitu pusingan roda yang Anwar Ibrahim juga melaluinya namun perbezaannya ialah Anwar difitnah dan bebas juga setelah terseksa di penjara Sungai Buluh dan fitnah kedua muncul semula untuk membuangnya terus dari persada politik rakyat dan negara.
Dr Khir Toyo pula pernah berada di puncak kuasa di Selangor khususnya dan amat berkuasa luarbiasa sehinggakan Tok Guru Nik Azizi dilarang berceramah dalam masjid Selangor.
Kini giliran Khir Toyo berada dibawah dan melihat apa sahaja yang akan menimpanya jika beliau benar-benar bersalah, akan dihukum oleh undang atau akan mendapat kifarah dari Allah Yang Maha Esa.
Iktibar daripada pihak berkuasa sekarang samada PAS, PKR atau Dap maka mereka semua jika tersilap langkah dan bongkak maka akan pasti tetap mendapat balasanya lambat dan cepat sahaja masanya.
Oleh itu tadbirlah YAB Menteri Besar, Exco dan pemimpin politik yang sedang memperolehi kuasa untuk menyenangkan rakyat dan memudahkan urusan rakyat dan pastikan polisi-polisi yang lama berganti dengan baharu dan sentiasa melihat kedalam dan bukan banyak melihat keluar. Maka dengan itu akan berkenanlah rakyat untuk terus mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti.