Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia perlu terbuka dan menerima sebarang kritikan atau pun pandangan, baik daripada pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Ahli parlimen Amanah itu berkata demikian berikutan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mendakwa Pandikar mensabotaj siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB ) apabila bertindak menangguhkan mesyuarat Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Katanya, Pandikar seharusnya tidak melihat pandangan Kit Siang itu secara peribadi.
“Apa yang Kit Siang kata hanyalah pandangannya untuk membahaskan perkara itu. Ia tidak diarah oleh sesiapa.
“Ini bukan niat kami,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.