iSTILAH atau cap atau golongan atau pihak atau apa-apa sahaja namanya seperti ERDOGAN adalah ciptaan Umno dan musuh PAS yang ingin melihat PAS hancur dan kacau bilau.
Kemenangan Mad Sabu ialah disebabkan kelemahan Nasharuddin membantu Presiden dan parti menongkah arus perubahan disebabkan faktor Nasha telah lamam menjawat kerusi tersebut dan dikaitkan juga kerana tumpuan beliau kepada kesihatannya dan penglibatan beliau di luar negara.
Semua kalangan ahli parti diseru untuk tidak mempedulikan isu Erdogan ciptaan musuh PAS samada ada dalam dan luar PAS.
Tidak timbul samasekali istilah tsunami Erdogan atau UG dan sebagainya sebaliknya ialah inilah bukti PAS tetap terus berjaya berada dalam persada politik tanahair dan imej Islamiknya masih relevan dan mempunyai tokoh-tokoh besar yang menghayati Islam dan sentiasa Istiqamah memperjuangkan perjuangan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.