Khabar angin yang bertiup bahawa Mad Sabu dan Ambiga bakal ditangkap atau ditahan menampakkan kerisauan dan ketakutan yang amat tinggi kepada Umno dan Bn terhadap komitmen keduanya untuk meneruskan kempen menuntut SPR membuah perubahan dalam sistem perjalanan pilihanraya di masa akan datang.
Menangkap atau menahan mereka bukan jalan terbaik atau penyelesaian kepada apa yang mereka tuntut sebenarnya. Bahkan dengan cara yang tidak berperlembagaan itu akan menambahkan rasa membuak kemarahan rakyat kepada Bn yang menghalang rakyat dari menyuarakan hak mereka melalui BERSIH 2.0 nanti pada Julai akan datang.
Dengan tidak semena-mena Perkasa dan Pemuda Umno hendak juga turun padang bagi menyaingi BERSIH 2.0 itu. Maka pihak polis khususnya nanti perlu bertindak lebih profesional dan adil apabila mengawal dan mengambil tindakan kepada semua demostrasi tersebut. jangan double standard pulak memilih bulu dan berlaku berat sebelah bila menanggani situasi yang melibatkan BN dan Umno.
Walau apapun jika benar pemimpin PAS dan juga NGO itu tertangkap maka kemarahan rakyat semakin dirasakan amat tinggi dan akan menterjemahkannya dalam PRU 13 nanti.
Kembalilah kita semua kepada asas perlembagaan negara bahawa semua rakyat berhak untuk berkumpul dan menyuarakan rasa hati mereka tidak mengira mereka dari aliran mana sekalipun bahkan agensi kerajaan yang ada hendaklah memberikan kerjasama bagi menjadikan setiap perhimpunan nanti aman dan tidak menyusah mana-mana pihak.
Komen pimpinan Umno dan BN bahawa peniaga dan orangramai kerugian dan merana kerana perhimpunan tersebut amatlah dangkal samasekali dan lihatlah kenyataan ketua Pemuda PAS Johor Sdr Suhaizan Kayat bahawa RM 30 juta bakal mengalir nanti di seluruh bandaraya Kuala Lumpur apabila peserta BERSIH 2.0 bakal berlangsung nanti dan jika benar Umno dan perkasa pun ikut turut serta maka bukan RM30 juta bahkan akan menjadi sehingga RM50 juta .