Pelbagai pihak tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan BN yang masih tidak menyemak harga minyak berdasarkan herga minyak dunia.
ketua Biro Ekonomi dan Hal Ehwal Korporat Parti Amanah Negara Wilayah Persekutuan Sheikh Khuzaifah sheikh Abu bakar berkata, kerajaan sewajarnya harga runcit minyak petrol dan diesel di negara ini lebih murah berbanding harga semasa walaupun nilai matawang ringgit merosot berbanding dolar Amerika Syarikat.
“Pemuda AMANAH Wilayah kesal kerana dalam keadaan harga minyak mentah Brent menjunam sebanyak 35.4% (dengan mengambil kira kesan kejatuhan nilai RM), harga pasaran RON95 di Malaysia hanya diturunkan sebanyak 13.7%. Kami maklum bahawa harga yang ditetapkan melalui APM adalah merujuk kepada harga Mean-of-Platts Singapore (MOPS), namun peratus penurunan harga minyak antara pelbagai harga rujukan seperti Brent dan MOPS seharusnya tidak banyak berbeza.
“Jika harga pasaran minyak di Malaysia benar-benar dikira berdasarkan harga pasaran dunia, maka harga RON95 harus diturunkan sebanyak 35.4% (RM0.80) kepada RM1.46. Dengan kadar harga sekarang, rakyat Malaysia sebenarnya dicukai sebanyak RM0.49 setiap kali mereka membeli seliter RON95. Ini adalah suatu tindakan menzalimi rakyat yang sudah cukup terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, ” katanya.
Selain harga jualan petrol, Khuzaifah kerajaan juga harus menurunkan harga diesel daripada RM2.23 pada 1 Disember 2014 kepada RM1.44 selari dengan harga pasaran minyak mentah dunia.
“Ketiadaan ketelusan dalam proses pengiraan dan penentuan harga minyak ini menjadikan janji kerajaan untuk menikat harga minyak kepada harga pasaran dunia hanyalah omongan kosong. Cadangan untuk melakukan pelarasan lebih kerap juga tidak akan dapat membawa apa-apa manfaat kepada rakyat jika penetapan harga masih berdasarkan pengiraan sembarangan (arbitrary),” katanya lagi.
Harga minyak dunia mengalami penurunan drastik pada penghujung 2015 apabila indeks Brent Crude Oil mencatat harga sekitar AS$37 setong berbanding hampir AS$80 setong pada Januari lalu.