Kehadiran buat pertama kali bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa di majlis makan malam kutipan amal Parti Amanah Negara di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya malam tadi merupalan tamparan hebat kepada Pas yang sejak kebelakangan ini cuba mengurangkan pengaruh anak didik Tok Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA) itu.
Dalam ucapan pembukaannya, Husam berseloroh ‘nasib baik Presiden Pas tidak melarang hadir ke majlis pihak-pihak bertentangan kerana beliau (Hadi) pun telah hadir dalam majlis dengan Presiden Umno baru-baru ini’.
Husam membangkitkan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz dalam pidatonya, yang menurut beliau tiada tandingan dalam sejarah politik Islam Malaysia.
“TGNA adalah tokoh reformis Islam
. Dasar penjimatan beliau sangat hebat dalam semua kehidupan, hatta tutup lampu bilik air sekali pun.
“TGNA menegur cara orang Islam ambil wuduk yang sangat membazir. Wuduk cukup sebotol 250ml. Mesej universal beliau dibawa ke mana-mana.
“Kata TGNA ketika beliau melawat China, Islam bukan monopoli orang Melayu sahaja.
Orang Cina di China lebih ramai daripada orang Melayu di negara ini,” ujar Husam
Seyerusnya Husam masuk ke arena politik tanah air. Beliau mengecam BN yang sesak nafas dibadai pelbagai skandal dan perpecahan. BN, kata Husam, akan menggunakan apa sahaja cara mempertahanklan hayatnya.
“BN sedang mengunakan siku dan lutut untuk melindungi korupsi yang telah mereka lakukan
.
Oleh itu perpaduan (Umno – Pas) yang disandiwarakan antara dua parti politik adalah amat melucukan.
“Perpaduan (Umno – Pas) yang dilaungkan dalam situasi amalan korupsi yang amat parah
ketika ini,” katanya.
Husam juga tidak lupa akan jasa Anwar Ibrahim dalam mencetus dan memacu agenda perubahan negara.
“Kita tidak akan lupakan saudara Anwar Ibrahim yang mungkin akan dibebaskan bila-bila masa sahaja. Najib tidak akan bertahan lama kerana memenjarakan Anwar
“Umno tuduh Cina dengan pelbagai tuduhan lalu pelawa Pas untuk perpaduan, sedangkan mereka sangat teruk dengan pelbagai masalah luar dan dalamnya
“Pas jangan rosakan amanat TGNA sebaliknya kembalilah kepada perjuangan yang sebenar iaitu menentang kemungkaran Umno. Kewajiban Pas ialah mengantikan Umno BN dan bukan bersama Umno mengekalkan pemerintahan mereka,” tegur Husam.
Majlis tersebut turut disertai Presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.