Harga minyak RON95 pada paras RM1.85 seliter dianggap masih tinggi memandangkan harga minyak di pasaran dunia sekitar AS$38 setong.
Tinjauan Suara pakatan daliy ke atas 20 orang pengguna bahan api petrol di Kepong, Kuala Lumpur mendapati rata-rata mereka mahukan harga RON95 di bawah paras RM1.80 seliter.
Mereka bertanya adakah ‘kantung negara sudah berada dalam keadaan yang parah’ kerana harga RON95 di Malaysia kekal mahal sedangkan negara ini adalah pengeluar minyak.
Menurut mereka, kerajaan BN tidak wajar membuat perbandingan harga dengan negara jiran seperti Singapura atau Thailand yang mengimport minyak. Kata mereka lagi, jika perbandingan perlu dibuat maka ia mestilah dibuat tanpa menggunakan kadar penukaran mata wang.
“Sekarang rakyat bukan bodoh. Kita semua tahu bahawa ekonomi sudah gawat. Media perdana nak ‘spin’ macam mana pun kita sudah tidak percaya. Kalau ekonomi bagus sangat, mengapa harga minyak begitu tinggi?” tanya seorang penjual sayur, Ah Meng, 48 tahun.
Semua berpendapat kerajaan gagal mutlak mengawal harga barang dan sekarang ketandusan idea bagaimana ingin menguruskan ekonomi negara.
“Kerajaan hanya beretorik kosong ekonomi masih baik,” kata seorang suri rumah, Ann Goh, berumur 70 tahun.