Kuasa undi wanita adalah menjadi penentu dalam setiap pilihanraya selain daripada faktor pengundi atas pagar. Kemenangan BN sebelum ini hanya dengan majoriti 2000 lebih sahaja tidak mengerunkan PAS untuk mengulangi kejayaannya dalam PRK sebelum ini dimana PAS pernah menang seperti di Kuala Terengganu dan Arau.
Pengundi di Tenang telah banyak memperolehi maklumat tentang kejayaan pentadbiran
negeri dibawah Pakatan Rakyat seperti di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Soal perkauman hanya mainan Umno kerana terdesak dan mulai memainkan semula sentimen tersebut kerana orang Melayu mulai semakin menurun sokongan kepada Umno.
Sebelum kaum bukan Melayu ditakutkan oleh Umno seolah-olah jika PAS mendapat kuasa
maka kaum bukan Melayu akan tersiksa atau terpinggir tetapi hakikat yang berlaku hari
ini adalah sebaliknya seperti apa yang berlaku di Kelantan sejak 20 tahun lalu.
Inilah waktunya kaum wanita samada daripada PAS, Umno dan wanita kaum lain untuk menghantar seorang wakil dari blok bukan dari kerajaan memerintah sekarang di Johor untuk menyuarakan pandangan dan membawa masalah mereka khususnya dalam Dewan Undangan Negeri Johor.
Tidak dinafikan telah ada wakil wanita sekarang tetapi semua maklum akan kemampuan mereka ketika berdepan dengan kerajaan mereka sendiri yang kebanyakkannya hanya mengiyakan apa-apa yang dibuat oleh Umno Johor.
Tetapi dengan latarbelakang calon PAS iaitu Cikgu Normala seorang bekas pendidik dan sememangnya aktivis parti yang sejak sekian masa membela rakyat dan menyebarkan kesedaran kepada orangramai untuk berubah demi mengantikan Umno terutama di Johor.
Kemenangan Umno jika mereka dapat mempertahankan kali ini bukan kerana PAS atau Pakatan Rakyat tidak mendapat sokongan majoriti akan tetapi disebabkan Umno-Bn menggunakan jentera kerajaan dengan sewenang-wenangnya bagi mengaburi mata rakyat bahawa mereka sebenarnya mengambil
berat hak kehidupan rakyat tetapi setelah selesai pilihanraya rakyat ditinggalkan.
Lihat apa yang berlaku dalam semua PRK sebelum ini hampir kesemua janji segera, kelulusan segera dan projek segera hanya tinggal nama dan tapak sahaja serta surat kelulusan sementara yang akhirnya ditagih dan digesa untuk diteruskan semua janji tersebut.
Pengundi di Tenang diseru untuk tetap teguh meneruskan niat mereka untuk mengalih undi dan membawa seorang wakil wanita daripada Pakatan Rakyat untuk menyuarakan suara rakyat Tenang dan Johor amnya dalam DUN Johor.