Ekonomi pada 2016 dijangka akan mengalami kelebapan jika tidak gawat. Kesan kelembapan ini bukan sahaja dirasai oleh syarikat besar namun kini mula menunjukkan kesan ke atas orang awam.
Menurut seorang suri rumah, Pauline Tan yang melabur secara kecil-kecilan, kemerosotan harga portfolio unit amanah yang dibelinya beberapa tahun lalu menghampakan beliau di tengah-tengah retorik PM Najib bahawa ekonomi kekal stabil dan cergas.
Beliau beranggapan nilai pelaburannya tidak akan naik tahun ini kerana sikap pentadbiran BN semakin menjauhkan pelabur dari Bursa Saham Malaysia.
Percubaan terbaharu menutup portal berita The Malaysian Insider kerana menyiarkan berita penyiasatan ke atas PM Najib, menurutnya, akan membawa risiko kekurangyakinan pelabur antarabangsa dan sekali gus memberi kesan kepada saham serta pelaburan ‘unit amanah’ miliknya.
“Perkara ini amatlah mengecewakan apabila para pemimpin negara kita selalu menguar-uarkan bahawa Malaysia ialah sebuah ‘model demokrasi’ yang membanggakan. Adakah ini ‘model demokrasi’ yang telah mengalami ‘Transformasi’ yang diheboh-hebohkan oleh kerajaan?” tanya.
Oleh itu, rakyat biasa mengalu-alukan inisiatif parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan yang telah menggesa kerajaan supaya serta-merta menghentikan penghalangan akses kepada kepada portal-portal berita agar suasana ekonomi yang telus dan mesra pelabur dalam diwujudkan.
Dilaporkan, selain The Malaysian Insider, Malaysia Chronicle dan berbelas-belas blog juga telah dihalang aksesnya pada lewat tahun lalu.