Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilihat telah melembabkan aktiviti perniagaan.
Rata-rata pemilik kedai dan usahawan kecil Cina di sekitar Kepong, Kuala Lumpur yang ditinjau Suara pakatan daily berkata cukai GST amat membebankan mereka.
Dengan cukai tersebut, menurut mereka, harga barang terpaksa dinaikkan dan ini mengakibatkan kekurangan pelanggan serta untung.
Seorang pemilik restoran Cina sedang memikirkan sama ada hendak menutup restorannya atau pun tidak kerana beliau sedang mengalami kekangan kewangan yang parah sehingga tidak mampu membayar bil elektrik.
Pemilik kedai mendandan rambut, kedai menjual alat tulis dan kedai pakaian juga turut mengalami kesusahan kerana kekurangan pelanggan.
Justeru itu, menurut seorang usahawan yang enggan disiarkan namanya, kelembapan ekonomi pada masa kini mendorong pemuda-pemuda Cina dari Malaysia berhijrah ke negara lain seperti Singapura, China, Taiwan, United Kingdom dan Australia mencari kerja. Ada juga diantara mereka yang memohon kerakyatan negara di mana mereka bekerja.
“Bilangan orang Cina di negara ini lambat laun akan menjadi kurang dari 18% kerana ramai pemuda Cina yang berkelayakan profesional akan berhijrah ke negara lain.
“Mereka ini berpendapat peluang ekonomi dan masa depan yang cerah wujud di negara-negara seperti UK, Singapura, New Zealand, Australia, Kanada atau Amerika Syarikat.
“Malaysia akan mengalami kerugian dari segi sumber manusia yang berpelajaran tinggi,” katany.
Beliau turut kesal ketika pekerja mahir berhijrah keluar kerajaan BN membwa masuk jutaan pekerja asing terutama dari Bangladesh yang tidak memiliki pendidikan.