Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur merujuk rayuannya berhubung keputusan Lembaga Pengampunan kepada Mahkamah Persekutuan.
Peguam, Latheefa Koya yang mewakili keluarga Anwar, memberitahu Malaysiakini bahawa Hakim Datuk Nor Bee Ariffin akan mendengar perkara itu sekali lagi pada petang Selasa dalam kamarnya.
Anwar mewakili dirinya sendiri dalam kes itu.
Anwar, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang uga adalah presiden PKR serta anak perempuan mereka Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan Nurul Nuha, menamakan Lembaga Pengampunan, Peguam Negara dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan bagi semakan kehakiman.
“Timbalan pendakwa raya kanan persekutuan yang mewakili lembaga itu membantah permohonan semakan kehakiman kerana mereka berkata isu itu tidak boleh dibicarakan.
“Bagaimanapun, Anwar memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua kes yang disebut itu adalah salah dan tidak berkenaan,” kata Latheefa.
Beliau berkata Anwar membuat permohonan untuk merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah tertinggi mengikut Seksyen 84, Akta Mahkamah Kehakiman bagi rujukan soal perlembagaan oleh Mahkamah Tinggi.
Persoalannya adalah ada keputusan Lembaga Pengampunan itu boleh dicabar di mahkamah.