Tinggal kurang 5 hari lagi sebelum rakyat Sarawak mengundi untuk memilih Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka.
Menurut Pengarah Pilihan raya Pusat Amanah, Dr Hatta Rami, isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan kini menjadi bahan kempen hangat bagi calon-calon Pakatan Harapan, khususnya Amanah dalam menghadapi BN.
Katanya, spekulasi kadar GST 6% mungkin akan dinaikkan pada tahun hadapan sekiranya BN menang besar PRN itu menjadi isu utama.
“Isu 1MDB panas di kawasan bandar terutamanya nama ‘1MDB’ itu sendiri,” ujar Dr. Hatta.
“Pengundi di bandar tahu bahawa ‘1MDB’ adalah isu yang memberi masalah kepada imej negara kita,” katanya.
Untuk pengundi di kawasan pedalaman, isu GST dan isu tanah telah menarik ramai pendengar untuk hadir ke ceramah Pakatan. Ini adalah isu-isu yang sedang ditekankan oleh Amanah dan juga PKR.
Bagi parti DAP pula yang mana calonnya kebanyakkan bertanding di kawasan bandar, selain dari isu GST dan 1MDB, isu 4 orang rakyat Sarawak yang telah diculik oleh pengganas dari selatan Filipina diberi tumpuan.