1MDB, kemungkinan atas nasihat penasihat syarikat itu, iaitu perdana menteri telah membeli tanah kerajaan di Kuala Lumpur pada harga RM60 setiap kaki persegi di kawasan tanah dijual pada harga mencecah RM7,000 setiap kaki persegi.
Najib yang juga menteri kewangan sepatutnya menjual tanah kerajaan pada harga hampir harga pasaran.
Dengan menjual pada kadar RM60 setiap kaki persegi, kerajaan telah kehilangan banyak wang.
Jelas terdapat konflik kepentingan apabila menteri kewangan adalah juga penasihat kepada 1MDB.
Jika bukannya Najib yang meluluskan penjualan ini, maka siapakah yang melakukannya? Pegawai yang meluluskan penjualan ini harus didakwa atas kehilangan wang kerajaan.
Tanah ini telah dinilai semula ke atas supaya nilai aset 1MDB meningkat menjadi RM50 bilion.
Begitu juga tanah lapangan terbang Sungai Besi telah dijual kepada 1MDB.
Harga jualan tidak diketahui tetapi pada hakikatnya 1MDB sudah pun memiliki tanah ini dan telah membuat persiapan untuk memindah pangkalan TUDM ke Subang.
Dengan menilai semula tanah ini nilai aset 1MDB akan sekali lagi meningkat. Sekali lagi kerajaan kerugian banyak wang.
1MDB kemudian menjual sebahagian daripada tanah di Jalan Tun Razak kepada Tabung Haji dengan harga RM 3,500 setiap kaki persegi.
Ini bermakna dana yang disumbangkan oleh bakal jemaah haji telah digunakan untuk membayar balik pinjaman 1MDB.
Ini adalah tidak adil kepada bakal jemaah yang sebahagian besarnya terdiri daripada mereka yang miskin.
Tanah juga telah dibeli di Pulau Pinang dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Tanah ini diduduki oleh hampir seribu orang setinggan.
Selain daripada itu Pulau Pinang diperintah oleh parti pembangkang. Tidak mungkin rancangan pembangunan untuk tanah ini akan diluluskan.
1MDB menghadapi kemungkinan kehilangan lebih banyak wang kerana pembelian ini.
Semua pelaburan 1MDB yang lain hampir tidak menghasilkan sebarang keuntungan.
1MDB tidak boleh membayar balik RM42 bilion yang ia telah pinjam. Terdapat bukti penipuan dan kehilangan wang yang tidak dapat diterangkan.
Dakwaan bahawa wang telah dilaburkan dengan sempurna dan akan memberi keuntungan tidak dapat disahkan.
Tiada terdapat bukti dokumentari yang boleh menunjukkan di mana jumlah wang yang banyak itu disimpan.
Kepercayaan bahawa RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib adalah dari 1MDB tidak disangkal dengan sempurna dan kebolehpercayaan.
Hakikat Najib tidak menyaman Wall Street Journal kerana mendedahkan banyak kesalahan yang dilakukan oleh 1MDB dan Najib sendiri seolah-olah membuktikan bahawa apa yang akhbar itu laporkan tidak dapat disangkal.
Begitu juga kegagalan untuk mendakwa Sarawak Report mengenai 1MDB dan AS$681 juta dalam akaun peribadi Najib.
Ini hanya sebahagian daripada cerita 1MDB.
Terdapat lebih banyak skandal yang melibatkan 1MDB daripada mana-mana dana lain dalam sejarah Malaysia.
Ini adalah sebahagian daripada sebab mengapa Najib perlu berhenti menjadi PM Malaysia.
Dr Mahathir adalah penggerak utama Deklarasi Rakyat bagi tujuan menyingkirkan Najib