Sehingga pukul 12.00 tengah hari hanya 35% daripada pengundi berdaftar keluar mengundi. Pengesahan suruhanjaya pilihan raya itu suatu berita buruk kepada pembangkang yang mahukan keputusan lebih baik berbanding PRN 2011 lalu.
Dalam mana-mana pilihan raya, hanya peratusan tinggi keluar mengundi yang mampu melakukan perubahan. Manakala peratusan rendah bermakna hanya penyokong BN keluar mengundi. Jentera BN efektif membawa penyokong mereka dari rumah ke tempat mengundi. Pengundi atas pagar yang keluar menggunakan kenderaan sendiri sekiranya tidak keluar maka bermakna mereka memulaukan proses pengundian.
Adakah situasi berkenaan berlaku di Sarawak hari ini?
12.45pm: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 35 peratus keluar mengundi sehingga 12 tengah hari.
11.57am – Satok, Kuching: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 31 peratus keluar mengundi sehingga jam 11 pagi.
11.50am – Piasau, Miri: Pengundian di SJK Chung Hua Lutong berjalan lancar dengan beberapa pengundi hadir tetapi semakin ramai yang sampai.
Bagaimanapun, petugas pilihan raya memberitahu Malaysiakini bahawa ramai yang hadir sejak jam 7 pagi, tetapi keadaan sekarang agak reda.
Terdapat 5,048 pengundi yang mengundi di lapan saluran mengundi di sini, bermakna pusat mengundi ini adalah yang terbesar di Piasau.
Menurut petugas pilihan raya itu, hampir 2,000 daripada pengundi di sini telah mengundi.
Sementara itu, ketika ditemui di sekolah tersebut, calon BN Sebastian Ting memberitahu Malaysiakini bahawa pengundian berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
11.45am – Kuala Lumpur: Pengerusi PEMANTAU dan BERSIH, Maria Chin Abdullah memberitahu Malaysiakini bahawa berkempen secara online adalah satu kesalahan.
“Berkempen secara online adalah sama seperti berkempen offline,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, satu petisyen pilihan raya boleh difailkan terhadap mereka yang berkempen secara online mengikut Seksyen 32 (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya, kerana melanggar peraturan pilihan raya.
Tetapi undang-undang, katanya, memerlu dibuktikan bahawa kempen secara online telah mempengaruhi pengundi secara tidak adil, yang mana sangat sukar untuk dibuktikan.
11.30am – Satok: Tiga beradik warga emas mencuri perhatian di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang di bawah kerusi DUN Satok.
Ketiga-tiga wanita kelahiran di situ – Soyong, 92, Khairiah 84, dan Enang Buruh 86 – berkata, mereka telah mengundi dalam enam pilihan raya negeri yang lalu apabila Datuk Johari Openg dari PBB bertanding di kerusi berkenaan.
“Kita mengundi buat kali pertama apabila Abang Jo menjadi calon,” kata mereka sambil ketawa.
Apa yang jelas ialah tiga beradik itu masih mampu dan bersedia untuk melaksanakan tugas mereka sebagai pengundi.
“Kami masih kuat untuk keluar mengundi, ia menjadi tanggungjawab kami,” kata mereka.
11.30am – Kuching: Hampir menjelang tengah hari, peratusan keluar mengundi masih rendah di beberapa kawasan di ibu negeri.
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis di SMB Kuching High, yang tidak mahu namanya disiarkan berkata mereka yang keluar mengundi adalah berkurangan berbanding dengan pilihan raya lalu.
“Cuaca baik di Kuching. Mungkin lebih ramai akan datang pada sebelah petang,” kata seorang petugas SPR.
11.30am – Kuching: Satu posting di laman Facebook rasmi calon BN Batu Kawah Sim Kui Han, menggesa pengundi supaya mengundi parti pemerintah.
“Please vote early. Exercise you democratic right – once every 5 years. Please don’t let anything or anyone stopping you from voting. Please vote for BN. #TeamAdenan. #UnitedWeCanBee” – demikian bunyi posting tersebut yang disedari sejam yang lalu.
Kempen pilihan raya sepatutnya telah diberhentikan hari ini.
Tidak diketahui sejauh mana kawalan Sim secara peribadi terhadap laman Facebook rasmi beliau itu.
11.30am, Kuching: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 20 peratus keluar mengundi sehingga jam 10 pagi – dua jam pertama pengundian.
10.55am, Satok, Kuching: Bekas Ketua Menteri, Tun Abdul Taib Mahmud, yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak, tiba di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang untuk mengundi.
Beliau ditemani isterinya, Ragad Waleed Alkurdi.
Abdul Taib merupakan ketua menteri yang paling lama berkhidmat di Sarawak.
10:45am – Satria Jaya, Kuching: Para pengundi datang awal untuk mengundi di SK Satria Jaya, sebelum pergi untuk sarapan.
SK Satria Jaya adalah salah satu pusat pengundian bagi kerusi Kota Sentosa.
Salah seorang petugas pengundian memberitahu Malaysiakini bahawa peratusan keluar mengundi adalah ketara jauh lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2013 dan pilihan raya negeri 2011.
“Ia kelihatan agak perlahan hari ini walaupun hari pengundian diadakan pada hari Sabtu. Saya fikir jumlah keluar mengundi akan lebih rendah daripada pilihan raya negeri lepas,” katanya..
10.30am: Miri – Badan pemantau pilihan raya – PEMANTAU – juga mencatatkan sekurang-kurangnya tiga kes di mana pengundi mendapati tempat pengundian mereka berubah.
Tsu Chong Chan, ahli pasukan PEMANTAU Miri memberitahu Malaysiakini bahawa ini kemungkinan besar berlaku kerana persempadanan semula.
“Di bawah undang-undang, ini tidak salah, tetapi kegagalan di sini ialah SPR tidak memaklumkan pengundi mengenai perubahan itu,” kata Tsu.
Beliau menjangka sejumlah besar pengundi mungkin terjejas oleh persempadanan semula itu, tetapi mungkin tidak melaporkannya kerana mereka mengetahui mengenai perubahan itu sebelum hari mengundi.
10.30am – Piasau, Miri: Pengundian di SK St Joseph Miri agak perlahan di sebelah pagi ini di mana tidak ramai pengundi yang beratur di setiap saluran mengundi.
DAP calon Alan Ling berkata, beliau mengharapkan kehadiran pengundi yang lebih ramai.
“Kadar pengundian yang lebih baik adalah penting bagi kerusi campuran seperti Senadin dan Piasau,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum itu pada pukul 9 pagi, beliau dan isterinya Florence Lau mengundi di sekolah itu, sambil membawa anak perempuan mereka yang berusia dua tahun.
10.20am – Kuching: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratus pengundian sehingga jam 9 pagi ini ialah 11 peratus – tempoh satu jam pertama proses pengundian.
9.45am – Marudi: Walaupun peraturan pilihan raya melarang berkempen pada hari mengundi, tetapi laman Facebook calon BN kerusi Marudi, Penguang Manggil hari ini menerbitkan sebuah poster menggesa pengundi untuk mengundi beliau.
Poster itu juga menggesa pengundi di Marudi supaya keluar awal untuk mengundi, dan tidak lupa untuk membawa kad pengenalan.
Ia tidak jelas sejauh mana Penguang memiliki atau mengawal laman Facebook itu, tetapi ia telah menonjolkan mesej kempen dan aktiviti beliau sejak awal Mac tahun ini.
9.30am – Kuching: Calon AMANAH bagi kerusi Demak Laut, Fidzuan Zaidi berkata, beliau akan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai penempatan pondok pendaftaran pengundi BN, yang juga dikenali sebagai “pondok panas”.
“Mereka tidak sepatutnya berada dalam jarak 100 meter dari pengundian kawasan,” kata Fidzuan.
Sukarelawan parti dari BN dan AMANAH juga menyatakan peratusan keluar mengundi agak rendah untuk Demak Laut. Calon BN bagi kerusi itu ialah Dr Hazland Hipni.
9:30am: Pujut, Miri – Terdapat banyak pengundi di mana pusat pengundian mereka di sini telah berubah, demikian menurut seorang agen tempat mengundi DAP.
“Seperti seorang lelaki ini, dia sepatutnya mengundi di sini tetapi sebaliknya kini dia mendapat tahu yang dia kena mengundi di SK Datuk Permaisuri.
“Ini sangat menyusahkan pengundi, tidak ada pengumuman mengenai perubahan tersebut,” Cheng Ah Kee memberitahu Malaysiakini.
Di jalan, kira-kira 50m dari pintu masuk sekolah, sepanduk berhampiran sebuah perhentian bas berbunyi “Kamek PBB tapi undi PAS” yang dipasang awal pagi ini, telah diturunkan..
9.30am – Demak Laut, Kuching: Pengundi di SK Tabuan Jaya diminta oleh sukarelawan BN di pintu masuk sekolah untuk “mendaftar” dengan pekerja parti untuk menerima “slip pengundi”. Ini dilakukan sebelum pengundi memasuki sekolah untuk membuang undi mereka.
Beberapa pengundi bagi kali pertama, yang enggan namanya disiarkan, mengakui keliru ketika ditemui para sukarelawan. Kebanyakan pengundi kelihatan telah mengisi maklumat dalam slip, termasuk nama, kad pengenalan, alamat mengundi dan “saluran mengundi”.
9.20am – Sibu: calon BN bagi kerusi Bawang Assan dan Dudong, Wong Soon Koh dan Tiong Thai King, masing-masing mengundi di Sekolah Kebangsaan St Rita.
Tiong berkata, beliau yakin dapat merampas kerusi Dudong daripada DAP yang diwakili Yap Hoi Liong. Tiong tewas kepada Yap dengan 317 undi pada tahun 2011.
Sementara itu, calon DAP bagi kerusi Bawang Assan, Chiew Sung Ngie berada di St Marcellin Catholic High School pada pukul 8.30 pagi untuk mengundi.
9.15am – Dudong, Sibu: Di salah satu kerusi paling hangat di Sibu, calon DAP Yap Hoi Liong membuang undi di Sekolah Kebangsaan S.E.D.C.
Beberapa pengundi dilihat membawa payung.
9.10am – Satok, Kuching: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem tiba di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang untuk mengundi.
Turut mengiringi beliau ialah calon BN bagi kerusi Satok, Datuk Johari Openg.
8.30am – Pending, Kuching: Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian, yang bertanding di Batu Kawah, membuang undi di SMK Bandar Kuching No 1.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau menggesa pengundi tidak dipengerusi oleh emosi apabila mengundi.
“Tolong jangan biarkan sebarang spekulasi atau simpati (menjejaskan pilihan anda) …” katanya.
Dr Sim juga diminta mengulas sama ada berita yang lawannya dari DAP, Christina Chiew yang mengalami keguguran, akan mengalihkan undi daripadanya.
Sambil berkata ia menyedihkan mendengar perkara itu dan keguguran mengancam nyawa, beliau nasihatkan Chiew bahawa kehidupan adalah lebih penting daripada politik..
8.30am – Pujut, Miri: BN langsun calon bagi kerusi Pujut, Hii King Chiong dan calon PAS Jofrie Jaraiee, masing-masing mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Luak.
Walaupun persempadanan semula tidak pernah mengubah jumlah kerusi di bandar Miri, tetapi ia nampaknya telah menjejaskan beberapa pengundi.
Cyril Dan, 56, memberitahu Malaysiakini beliau telah mengundi sejak enam pilihan raya negeri yang lalu di Senadin.
“Tetapi saya semak beberapa hari yang lalu dan saya terkejut kerana saya kini menjadi pengundi di Piasau.”
Bagaimanapun, beliau meramalkan ia akan merupakan satu persaingan yang sukar bagi BN di kedua-dua kerusi Piasau dan Senadin.
8.05am – Piasau, Miri: BN calon Sebastian Ting telah mengundi di di saluran 2 pusat pengundian di SK Jalan Bintang.
Pengundi pertama di saluran mengundi ini ialah Sim King Sia, 68. BSim dijemput membuang undi yang pertama kerana beliau memerlukan bantuan untuk pergi ke tempat mengundi itu.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Ting berkata beliau gembira cuaca mendung sejuk. Hujan turun pada awal pagi ini dan masih terdapat gerimis sekali-sekala, selepas beberapa hari panas terik.
7.46am: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata pusat pengundian itu akan ditutup pada 5 petang kecuali beberapa pusat pengundian ditutup lebih awal bermula 9 pagi mengikut lokasi dan jumlah pengundi di sesuatu kawasan, lapor Bernama.
Pusat pengundian melibatkan sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan stadium tertutup.
Sebanyak 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengundian hari ini tidak melibatkan DUN Bukit Kota dan Bukit Sari yang dimenangi Barisan Nasional (BN) tanpa bertanding oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan iaitu Dr Abdul Rahman Ismail dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada hari penamaan calon 25 April lepas.
Terdapat 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota pasukan keselamatan serta pasangan yang melaksanakan tanggungjawab mereka Selasa lepas.
Pilihan raya kali ini diadakan susulan pembubaran DUN Sarawak pada 11 April, dengan menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu, menjadikan DUN itu kini mempunyai 82 kerusi.
Jabatan Meteorologi Sarawak meramalkan cuaca mendung dan hujan pada sebelah pagi di beberapa kawasan di Sarawak, termasuk di bahagian Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang.
Jurucakap jabatan itu berkata pada sebelah petang, ribut petir dan hujan dijangka berlaku di satu dua tempat di semua kawasan, manakala pada waktu malam, hujan dijangka di beberapa tempat di bahagian Bintulu dan Kapit.