Persempadanan semula menyebabkan DAP kalah di kerusi bandar yang dimenangi mereka pada PRN 2011. Terdapat kes pengundi penyokong pembangkang yang dipindahkan pusat mengundi walaupun mereka masih tidak menukar alamat.
Situasi seolah-olah mengulangi kes PRU 2004 apabila pembangkang kalah teruk akibat manipulasi sempadan pilihan raya.
Sehingga kini keputusan tidak rasmi PKR menang di 3 kerusi di Bakelalan, Krian dan Batu Lintang. Manakala kalah tipis di Telan Usang.
DAP tidak rasmi kalah di kebanyakan kerusi yang dimenangi pada 2011.
6.45pm: PKR kekalkan kerusi kedua di Krian. Menurut PKR, calonnya Ali Biju memang dengan majoriti kira-kira 1,600. Dalam pilihan raya lalu, Ali menang dengan majoriti 2,090 undi.
6.30pm: Dudong- Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN Datuk Tiong Thai King masih lagi mendahului dengan 4,095 undi.
Calon Bebas Datuk Seri Dr Benny Lee pula mendapat 2,064 undi, calon Bebas Casper Kayong Umping mendapat 138, DAP Yap Hoi Liong 1,935 dan calon STAR Ting Yiik Hong mendapat 51 undi.
BN dahului di kawasan ketua DAP S’wak
6.30pm Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen mengikuti di belakang calon BN Wilfred Yap kira-kira 500 undi di kerusi Kota Sentosa.
BN: 3,147 undi DAP 2,646 undi
BN juga dahului kiraan di Repok, Meradong yang dimenangi DAP sebelum ini.
BN menang di Pakan
6.14pm TAK RASMI Calon langsung BN William Mawan Ikom berjaya mempertahankan Pakan dengan majoriti tipis 301 undi.
PKR menang di Be’kalalan
5.55pm – TAK RASMI: Calon PKR mengekalkan kerusi Be’kalalan dengan majoriti lebih besar.
Pengundi berdaftar: 7375 Keluar mengundi: 5207 (Peratusan mengundi: 70.6%)
PKR (Baru Bian): 2856 BN Willie Liaw: 2311 majoriti: 545 Rosak: 40
5.50pm – SIBU Keputusan tak rasmi bagi kerusi DUN Bawang Assan setakat ini didahului oleh BN dengan 2,764 undi.
DAP pula mendapat 1,148 undi, calon Bebas yang diwakili Watson Bangau mendapat 237, Parti Reformasi Sarawak (STAR) 28 dan calon Bebas Yeu Bang Keng hanya mendapat 13 undi.
Bagi DUN Dudong, keputusan tidak rasmi ialah BN mendahului dengan 2,748 undi, DAP 857, Bebas (1), 1,692 dan Bebas (2) 89 undi.
Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi bagi DUN Dudong ialah 29,028.
5.30pm – MERADONG Sebanyak 25 peratus undi telah dikira. BN mendahului. Meradong dimenangi DAP sebelum ini.
BN: 2772 DAP: 1482
5.15pm – DAP anggap Tasik biru sebagai penanda sama ada mereka boleh menembusi kerusi Dayak. Kiraan undi memihak kepada BN sekarang. BN 3,989 undi DAP 2,678 undi
5.00pm – Peti undi ditutup. Kawasan di kawasan pengundian lebih kecil ditutup lebih awal. Undi-undi akan dikira sejurus selepas kawasan mengundi ditutup sebelum dijumlahkan di pusat pengumpulan undi. Perkara ini memungkinkan kiraan awal diperoleh di beberapa kerusi.