BN berjaya mendapat majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan cara yang paling teruk selepas menjanjikan projek segera berjumlah RM300 juta.
Janji itu tidak termasuk berbilion-bilion ringgit yang dijanjikan untuk membina jalan raya, jambatan, hospital dan sebagainya.
Pengundi di Sarawak bagaikan terpukau dengan make up yang dilakukan oleh Adenan Satem, seolah-olah dewa dari langit yang membawa pelbagai hadiah.
Pengundi atas pagar yang menjadi penentu kemenangan pembangkang pada 2011 memulaukan proses pilihan raya secara total.
Mereka sanggup menyerahkan kepala kepada rejim BN dan berharap selepas menang besar BN tidak akan meninggalkan pengundi sebagaimana yang dilakukan mereka sejak Sarawak merdeka bersama Malaysia pada 1963.
9.45PM: BN menang di 72 daripada 82 kerusi atau 87.8 peratus. Pada 2011, BN hanya mendapat 55 daripada 70 kerusi (78.6 peratus).
Angkat sumpah ketua menteri sebentar lagi 9.27pm Istiadat angkat sumpah ketua menteri dijadual pada 10 malam ini di Astana Negeri.
BN pertahan majoriti 2/3
9.05PM: BN sudah lepasi majoriti dua pertiga dengan 57 daripada 82 kerusi setakat ini. DAP tewas di semua kawasan bumiputera dan hilang lima daripada 12 kawasan bandar yang dikuasai sebelum ini.
PKR pertahan kesemua tiga kerusi tetapi gagal tambah kerusi baru.
DAP, PKR kalah di semua kerusi bertindih
8.50PM: DAP dan PKR kalah kepada BN di kesemua enam kawasan yang menyaksikan pertindihan kerusi.
Kerusi-kerusi itu adalah Batu Kitang, Ngemah, Mambong, Marudi, Murum and Mulu.
8.45PM BN hanya perlukan sembilan lagi kerusi untuk kekalkan majoriti dua pertiga dalam DUN.
PAS, AMANAH kalah di semua kerusi
8:32pm – PAS dan serpihannya AMANAH dilaporkan kalah di semua kerusi ditandingi di Sarawak. PAS bertanding di 11 kerusi manakala AMANAH pula 13.
RASMI – BN kekal kerajaan negeri Sarawak
8:30PM – Keputusan rasmi SPR menunjukkan BN hari ini mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dengan memenangi sekurang-kurangnya 42 kerusi setakat ini.
Antara kerusi terbaru itu adalah di DUN Lingga, Balai Ringin dan Pakan.
8:25PM – Mengikut keputusan rasmi SPR, BN menang di DUN Bukit Semuja, Pending, Bukit Semuja, Murum dan Belaga.
Keputusan rasmi SPR
8:20PM – BN menang di DUN Kalaka, Layar, Bukit Begunan, Tarat, Balingian, Serembu, Baleh, Meluan, Tanjung Datu, Tebedu, Ngemah dan Stakan.
DAP pula menang di DUN Padungan – SPR
8.15pm TANJUNG DATU Ketua Menteri Adenan SAtem menang dengan majoriti lebih besar.
BN: 6,360 PKR: 468
Bekas mufti menang di Jemoreng
8.08PM: TIDAK RASMI Calon BN Dr Juanda Jaya, yang juga bekas mufti Perlis, menang di Jemoreng.
7.50PM – Sibu: BN berjaya merampas kembali Meradong dan Repok dalam kawasan Sarikei daripada DAP.
DAP mungkin hilang empat kerusi
7:56PM: DAP kemungkinan kehilangan sekurang-kurangnya empat kerusi kepada BN – Dudong, Meradong, Piasau dan Batu Kawa.
Di Dudong, DAP bergelut untuk bersaing dengan hanya 7381 undi berbanding 8839 undi yang diraih oleh calon BN. Star berjaya mendapatkan 152 undi manakala dua calon Bebas pula membolot 3,516 undi.
Di Piasau, calon DAP Alan Ling mendapat 5,605 undi dan sedang mengejar calon BN, Sebatian Ting yang mendahului dengan 7243 undi.
Keadaan suram juga dilaporkan di Repok, di mana BN sedang mendahului dengan 7,446 undi berbanding 6508 undi yang diperolehi oleh DAP. Calon bebas mendapat 381 undi.
Begitu juga, di Batu Kawah, BN sedang mendahului dengan 5,177 undi berbanding 3,639 undi oleh calon DAP. Calon Bebas mendapat 920 undi.
Pembangkang juga mungkin kehilangan Batu Kitang susulan pertembungan antara DAP dan PKR.
PKR pertahankan Batu Lintang
7:53PM: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, See Chee How berjaya mempertahankan kerusi Batu Lintang dengan majoriti lebih 4,000 undi.
See mendapat 8598 undi manakala calon BN, Sih Hua Tong dari SUPP mendapat 5,146 undi dan calon Star, So Lina hanya mampu mendapat 275 undi.
Kemenangan ini bermakna semua penyandang PKR berjaya mengekalkan kerusi masing-masing.
BN kekal di Tasik Biru, DAP gagal ‘ujian litmus’
7:50PM: Keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa BN terus mempertahankan kerusi Tasik Biru, yang dinamakan DAP sebagai ‘ujian litmus’ untuk menembusi kawasan majoriti bumiputera.
Calon BN Henry Jinep mendapat 6,916 undi berbanding calon DAP, Mordi Bimol, yang memperolehi 5674 undi. Majoritinya adalah 1,242 undi. Jumlah yang keluar mengundi ialah 72 peratus.
Tasik Biru mempunyai sejumlah 16,869 pengundi.
DAP mungkin hilang Piasau
7:42PM: Keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa BN boleh menawan semula Piasau daripada DAP dan terus mengekalkan Senadin.
Di Piasau, calon BN, Sebastian Ting mendapat 5,008 undi, manakala penyandang kerusi itu, Alan Ling dari DAP ketinggalan dengan 3,952 undi.
Sementara di Senadin, calon BN Lee Kim Shin yang telah memegang kerusi itu selama empat penggal mendapat 5,884 undi, jauh mendahului pesaingnya dari DAP, Bob Baru Langub, yang mendapat 3,635 undi.
Pertandingan sengit di Marudi, kawasan kontroversi Empangan Baram
7:39 PM – Keputusan awal menunjukkan pertandingan sengit di sekurang-kurangnya satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan Baram. BN sedang mendahului tetapi PKR mengikut rapat.
Di Telang Usan, calon BN, Dennis Ngau dengan tipis mengalahkan lawannya Roland Engan dari PKR.
Sementara itu di Marudi, calon BN Penguang Manggil mendapat 2,268 undi setakat ini, manakala calon PKR, Elia Bit berjaya memperolehi 2,084 undi – majoriti 284 undi.
Ini adalah berdasarkan undi di 31 daripada 61 saluran mengundi.
Di kerusi Mulu yang baru diwujudkan, kiraan di 25 daripada 43 saluran mengundi mencadangkan bahawa calon BN Gerawat Gala sedang mendahului dengan selesa.
Beliau mendapat 2,230 undi setakat ini, berbanding 1,306 undi yang diraih oleh calon PKR, Pauls Baya. Calon DAP, Paul Raja hanya mendapat 214 undi, dan calon Bebas Roland Dom Mattu 180 undi. Ini memberikan Gerawat kelebihan 924 undi.
Thai King dijangka rampas Dudong dari DAP
7:25 PM, Sibu – Menurut keputusan tidak rasmi, calon BN di Dudong, Tiong Thai King sedang mendahului dengan selesa dengan 7,449 undi dan kelihatan sudah bersedia untuk merampas kerusi itu dari DAP.
Lawannya, penyandang kerusi itu, Yap Hoi Liong, di belakang dengan 5,376 undi.
Sementara itu, calon Bebas Benny Lee berada di kedudukan ketiga dengan 2,848 undi, STAR Ting Yiik Hong mendapat 127 undi, dan seorang lagi calon Bebas Casper Kayong, 178 undi.
Pada pilihan raya negeri lalu, Tiong dikalahkan oleh Yap dengan majoriti hanya 317 undi.
DAP mengekalkan kubu Bukit Assek
7:20PM: TAK RAMI – calon DAP Irene Mary Chang Oi Ling menang kerusi Bukit Assek dengan undi lebih besar.
Chang mendapat 11,392 undi berbanding calon BN Chieng Buong Toon yang memperolehi 6,895 undi dan calon Star, Moh Hiong King yang mendapat 374 undi.
Bukit Assek adalah kubu kuat DAP sejak sekian lama. ADUN terakhirnya adalah mendiang Wong Ho Leng.
7:15PM: TAK RASMI – Calon BN-PRS Alexander Vincent meraih 2,171 undi – hanya 29 undi melebihi calon Bebas Joseph Jawa Kendawang di kerusi Ngemah.
Kerusi ini menyaksikan pertandingan empat penjuru, termasuk PKR dan DAP. PKR hanya mampu mendapat 191 undi manakala DAP pula 145.
BN kekal di Telang Usan dengan majoriti 160 undi
7:15PM: Calon BN Dennis Ngau mengekalkan kerusi Telang Usan dengan majoriti tipis 160 undi mengalahkan calon PKR Roland Engan.
Pada pilihan raya lalu, Ngau menang dengan majoriti 845 undi.
Kerusi itu terdiri daripada 95 peratus bumiputera bukan Islam, empat peratus Cina dan satu peratus Melanau.
Ia adalah kerusi utama yang diintai oleh PKR kawasan itu dikatakan terjejas dengan pembinaan empangan Baram.
BN menang di Mambong – satu lagi kerusi rebutan PKR, DAP
7:10PM : Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN sedang mendahului di Mambong, satu daripada enam kerusi yang menjadi rebutan dua sekutu – PKR dan DAP.
Calon terus BN, Jerip Susil mendapat 5,648 undi, manakala calon DAP Sanjan Daik berada di tempat kedua dengan 2,828 undi. Calon PKR, Willie Mongin pula ketinggalan dengan mendapat 2,611 undi.
DAP telah mengakui parti itu kalah di Mambong.
7.00PM: BN mendahului di Batu Kitang yang menyaksikan DAP dan PKR bertembung sesama sendiri.
SUPP 3,175 undi DAP1,955 undi PKR 428 undi
BN dahului di kawasan Dayak
6.50PM: TAK RASMI BN jauh mendahului di tiga kerusi bawah Kapit – Pelagus, Katibas dan Bukit Goram.
Pertembungan di kerusi bandar majoriti Cina
6.50PM: Di empat kerusi DAP di kawasan-kawasan Cina di Kuching, DAP menggunguli di Padungan, Pending and Kota Sentosa tetapi ketinggalan di Batu Kawah.
Padungan: BN- 4,116 DAP-7,491
Pending: BN-2,920 DAP-4,847
Kota Sentosa BN-6,007 DAP-8,201
Batu Kawah BN-4,283 DAP-2,761