Keputusan Pilihan Raya Negeri di Sarawak menunjukkan bahawa Pakatan Harapan (PH) menghadapi cabaran berat menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Banyak yang perlu dilakukan untuk mengubah pemikiran rakyat di seluruh Malaysia. Namun ‘tugas’ yang paling berat ialah bertolak-ansur serta bersatu ketika menentang BN.
Seorang penganalisis politik dari sebuah badan komuniti Cina yang sebelum ini meramalkan dengan tepat keputusan di Sarawak bahawa pembangkang tidak akan menang lebih daripada 10 kerusi, berkata, sekiranya PH tidak boleh bersatu maka mereka akan menghadapi nasib yang lebih buruk dalam PRU nanti.
Beliau menegaskan perbalahan dalam rundingan kerusi menjadi faktor penolak dalam PRN sarawak, menyebabkan pengundi tidak yakin terhadap Pakatan. Oleh itu, katanya, sebelum PRU14, DAP, PKR dan Amanah perlu bertolak-ansur dan tidak bertembung lagi di mana-mana kerusi.
“Pakatan harus belajar dari kekalahan ini. Nasib baik tahun ini bukan tahun PRU14. Ada masa lagi untuk Pakatan mengorak langkah untuk merangka strategi yang baru sebelum menghadapi BN dalam masa 2 tahun ini,” ujar beliau yang tidak mahu namanya disiarkan.