Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Rahim Wan Abdullah sedia untuk memberi jawatan Pengerusi Amanah Kelantan kepada Adun Salor yang dipecat daripada Pas, Datuk Husam Musa.
Dalam petikan wawancara wartawan baru-baru ini Wan Rahim amat mengharapkan Husam memimpin Amanah Kelantan untuk menggantikan kerajaan Pas pada pilihan raya umum ke 14
Datuk Wan Rahim: (Datuk Husam) mengatakan belum mendapat surat pernyataan pemecatan dan kehadiran beliau ke Mesyuarat Agung PAS Kubang Kerian pagi ini dianggap sebagai tetamu. Apa-apa pun saya tidak banyak boleh memberikan panduan oleh kerana dalam pertemuan saya dengan Datuk Husam pukul 1 pagi tadi di rumahnya masih lagi dia nak buat tindakan selepas menerima pernyataan pemecatan dia barulah dia akan buat satu response kepada semua pihak.
Jadi saya pun perlu menunggu Datuk Husam untuk membuat apa tindakan sama ada dia nak buat rayuan kepada Jawatankuasa PAS Pusat ataupun dia akan menerima ketentuan itu dan mengorak langkah politik seterusnya.
Dan pihak Amanah Kelantan bukan setakat mengalu-alukan kehadiran Datuk Husam sebagai ahli Amanah, bahkan Datuk Husam seperti yang saya sebut dahulu, I am holding the court for Datuk Husam, so sebaik sahaja dia hadir saya akan memberikan kepimpinan Amanah Kelantan kepada beliau.
Wartawan: 10 Wakil Rakyat PAS lompat parti?
Datuk Wan Rahim: Sekarang masih lagi kita tunggu surat pemecatan Datuk Husam dan semuanya akan diselaraskan bersama antara saya dan Datuk Husam, jadi tidak berbangkit dan belum sampai masa lagi.
Wartawan: Amanah akan buat apa yang telah dikatakan?
Datuk Wan Rahim: Insya Allah. Belum selesai lagi proses dia. Kalau tak silap saya Datuk Husam diberi tempoh 60 hari untuk buat rayuan dalam Perlembagaan PAS.
Wartawan: Secara peribadi 10 Wakil Rakyat tetap nak join (Amanah)?
Datuk Wan Rahim: Insya Allah, tapi belum masa lagilah. Datuk Husam, Zaki Kelaboran, Rozi Tendong. MP, Ahmad Baihaki Kubang Kerian dan Dr Nik Mazian Pasir Puteh.
Wartawan: Datuk lihat keputusan yang dibuat PAS terhadap Datuk Husam bagaimana?
Datuk Wan Rahim: Saya salute PAS, tahniah kerana berani. PAS telah bertindak memecat Datuk Husam di luar daripada jangkaan saya. Saya jangka PAS akan gantung Datuk Husam. Saya hormat PAS kerana keberanian mereka. Saya juga ucap tahniah kepada Datuk Husam kerana usaha dia untuk dipecat itu berjaya.