ULASAN: Sebelum ini sudah saya jelaskan yang BN menang bergaya kesan tiada kesepakatan/pertindihan calon dalam kalangan pembangkang.
Ada yang komen kononnya Sarawak menolak parti Malaya dan itu tidak benar.
Di Sarawak tiada parti UMNO dan ada parti-parti lokal bergabung dalam BN itu makna mewakili parti Malaya iaitu UMNO secara tidak langsung.
Lalu, Sarawak menolak parti Malaya tidak benar sebab masih juga Sarawakian memberi kemenangan 10 kerusi kepada parti Malaya yang sama macam BN yang secara tak langsung wakili UMNO/wakili Malaya. Nampak itu semua?
Makanya kemenangan di Sarawak tidak boleh dijadikan ukuran keadaan di Sabah nanti sebab Sabah ini punya sejarah yang sama sekali berbeda.
Beza yang saya maksudkan USNO/Perikatan pernah tersungkur oleh BERJAYA dan kemudian BERJAYA pula tersungkur kesan hentaman PBS dan PBS hanyut kesan masa itu nyawa2 ikan dan ditinggalkan oleh dua YB terus tersungkur tapi akhir dalam BN.
Seperti saya katakan sebelum ini di Sarawak masih belum terdedah kerana di sana jalan utama mereka ialah sungai. Untuk datangi sesuatu lokasi kena berhari-hari dan jauh sangat dan makluman pembangkang susah mereka ketahui.
Yang mereka tahu hanya TV dan kehadiran wakil-wakil rakyat dan agensi-agensi kerajaan yang menjadi talibarut BN dan kesannya pemikiran mereka masih jauh tertinggal banding Selangor dan Pinang yang maklumat di hujung jari.
Ketua Menteri Sarawak bijak bermain isu, dia kutip ilmu pembangkang bangkit perjanjian 63 dan peratus minyak menjadi 20% dan itulah janji-janji ketua menteri dan rakyat tahu tuntutan itu hanya bisa dilakukan kiranya dalam kerajaan dan rakyat terpengaruh dan kesannya janji itu hanya janji dan kalau adapun hanya sedikit bentuk autonomi bukan penuh.
Permintaan royalti minyak jelas sudah ditolak kesan negara gawat akibat hutang membengkak dan kes 1MDB ciptaan Najib dan perjanjian 63 kita lihat nanti dan yang pasti semuanyanya hanyalah wayang/lakonan pemimpin untuk kaburi mata rakyat dan hingga sekarang Sarawakian jatuh termiskin no empat di Malaysia.
Di Sabah kita mainkan undi parti lokal tidak akan dapat merubah keadaan sebab selagi PBS/Pairin dan PBRS serta UPKO dalam BN undi KDM berpecah sebab ada masih dalam BN dan ada dalam PKR dan ada dalam STAR dan ini agak susah ditambah lulus 13 parti baru menjadi 23 parti semuanya di Sabah/ini lebih parah banding Sarawak.
Kedua seperti yang saya katakan PARTI LOKAL tidak akan dapat merubah keadaan meski menangi 60 dun dan 25 mp sebab selagi tidak menangi lebih 112 kerusi MP di PRU akan datang, maka itu FAKTA tidak akan dapat merubah keadaan dan samalah seperti kemenangan PBS 1985 lalu dan samalah seperti sekarang ini atau sama macam kemenangan PAS di Kelantan/PH di Pinang dan Selangor. Nampak itu?
Kita mahu menangi lebih 112 kerusi MP di PRU14 akan datang dan itu saja caranya untuk menjatuhkan BN dan selagi tidak menangi lebih 112 kerusi MP maka jangan bermimpi semuanya akan gigit jari sebab WANG DISATUKAN dan kutipan GST hak BN dan bukan hak parti lain.
Bukan saja itu, malah jabatan pendidikan, Kastam, Imigresen, Polis, tentera, minyak dan sebagainya semuanya mereka kuasai dan selain BN tidak berkuasa langsung. Lalu bagaimana mahu merubah keadaan?
Ribu kali saya katakan terbaik untuk Sabah yang punya 23 parti MESTI BERSATU kalangan PH dan USA mesti duduk semeja dan bincang tanpa syarat dan soal letak calon kena lihat parti mana ada pengaruh di kawasan masing2 dan lebih baik kalau PBS, UPKO dan PBRS meninggalkan BN dan itu jelas BN Malaysia bakal susah.
Selagi di Sabah ini tidak melawan BN satu sama satu maka jangan harap akan dapat merubah keadaan dan meski bersatu itupun belum tentu sebab masih ditahap 50-50 tapi sekurang-kurangnya itu bisa menambah kerusi MP untuk mencapai kemenangan lebih 112 kerusi MP banding musim lalu PR hanya menangi 89 kerusi teringgal 33 kerusi.
ISMAILY BUNGSU
8 mei, 2016