Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara terbuka dalam mengulas kenekadan Pas meletakkan yang enggan berunding dan mahu calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Perlimen Sungai Besar serta Kuala Kangsar.
Katanya, PRK itu bakal menjadi medan menguji pengaruh Pas selepas tidak lagi bersama Pakatan Rakyat yang berakhir pada Jun tahun 2015.
“Kalau PAS ingin bertanding, maka ia satu peluang untuk PAS menguji kekuatan parti itu. Bagi Amanah parti yang bertanding di kedua-dua kerusi nanti adalah wakil PH dan mestilah dipersetujui oleh semua rakan PH terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Suara pakatan daily.
Dua PRK itu akan diadakan serentak pada 18 Jun depan. Dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13), PAS telah ditewaskan oleh Umno di Kuala Kangsar dengan jumlah 1,082 undi dan di Sungai Besar dengan 399 undi.
Jumlah pengundi di Kuala Kangsar ialah 14,218 pengundi (68% Melayu, 23% Cina dan 7% India) sementara di Sg. Besar terdapat 18,696 pengundi (66% Melayu, 31% Cina dan 2% India).
Dalam pada itu, seorang penyokong Amanah, Marina Wahab dari Kuala Lumpur yang ditemui Suarapakatandaily berkata, pertandingan tiga penjuru amat malang bagi perti pembangkang. Sejujurnya beliau tetap mahukan satu lawan satu dan sebaik-baiknya Pas bekerjasama atau menjadi sekutu Pakatan Harapan.
“Pakatan dan PAS mestilah bekerjasama dan cuba sedaya-upaya untuk mengelakkan pertembungan diantara calon-calon dari pihak pembangkang.
“Tetapi masalah sekarang ialah apabila PAS hendak bertanding. PAS harus mendapat persetujuan dari semua rakan komponen PH terlebih dahulu kalau ada hasrat untuk bertanding. Tanpa kerjasama di antara parti-parti pembangkang, BN akan menang lagi,” keluhnya.