Daeng Sanusi dah sangat tua sakit-sakit uzur dan tak mampu galas tugas mengetuai J/K Disiplin parti tetapi oleh kerana tiada tokoh lain yang mampu menggalas jawatan itu terpaksalah dia pegang.
Itupun disetkan oleh geng ustaz yang bimbang J/K Disiplin jatuh ke tangan pemimpin yang tidak sebulu dengan mereka.
Sepatutnya Timbalan Presiden yang pegang J/K Disiplin seperi amalan Pas selama ini.
Husam difitnah
Husam seperti yang lain bila mengkritik parti dengan bersungguh akan difitnah berbaga-bagai
Lihat Hassan Ali selepas dipecat maka macam-macam yang didedahkan sehingga hal peribadi jugak disebutkan.
Lihat Nasharuddin Mat Isa pun didedahkan telah ada hubungan dengan Umno secara senyap-senyap sebelum hilang jawatan Timbalan Presiden
Ini lah Pas mutakhir zaman, pelbagai keburukan pemimpin didedah. Atau lebih sesuai disebut Pas di era pening-pening lalat
Syaitan berpesta
Syaitan sedang berpesta,
Si Jahil menipu dan berdusta,
Si Alim aminkan bermuka muka,
Demi nafsu, harta dan kuasa.
Syaitan sedang berpesta,
Si Jahil Si Alim bermain kata kata,
Caci mencaci, fitnah dan nesta,
Jebon, barua, penagih pil kuda,
Menjadi wirid untuk mencerca.
Syaitan sedang berpesta,
Si Jahil Si Alim berpura pura,
AlQuran AlHadith dibuat niaga,
Kuasa dan harta bermaharaja lela.
Syaitan sedang berpesta,
Si Jahil Si Alim mencaci nista,
Halal haram tidak dikira,
Kehendak nafsu bermaharaja lela.