LUAHAN RASA: Sila baca dan fahami Perkara 36 sepenuhnya Deklarasi Rakyat ini. Ia menjawap segala keraguaan yg ditimbulkan oleh pihak2 tertentu.
Saya maseh berpegang bagi melaksanakan perkara2 tersebut mesti terlebih dahulu perubahan kepimpinan dilakukan.
Kita boleh tunggu sehingga PRU 14 tetapi berkemungkinan besar keadaan Negara kita akan lebih meruncing.
Hutang Negara akan terus meningkat , kos sara hidup akan terus menekan rakyat khasnya mereka yg berada diperingkat pertengahan dan bawah.
Jumlah pengganguran setakat ini sudah mencecah 400,000. 160,000 anak kita yg lulus universiti2 dan kolej tidak dapat pekerjaan sementara 40,000 rakyat Malaysia terpaksa bekerja di Singapura dengan berbagai jenis pekerjaan sedangkan 1.5 juta rakyat Bangladesh terus diimport selain dari 5 juta rakyat luar negara yang sudah berada disini.
Dari segi pelajaran 744 anak2 kita yang cemerlang dan sudah mendapat tempat di universiti2 di luar negara tidak lagi diberi biasiswa dan pinjiman pelajaran; ini kerana Kerajaan nak menjimatkan RM244 juta sedangkan dalam masa yang sama Kerajaan menudoh penggangguran berlaku kerana pelajaran anak2 kita tidak setaraf.
Hampir 60 tahun UMNO/BN memerintah sepatutnya Negara kita lebih maju dan rakyat tidaklah dibebankan dng bebagai maasalah sedangkan pemimpin boleh berjoli dng wang negara.
Kita tidak tahu apa yg akan dilakukan dari sekarang sehingga PRU akan datang.
Apakah sudah pasti Pilihan Raya itu akan diadakan dan jika sekali pun diadakan apakah ianya akan berjalan dengan adil, bersih dan bebas dari segala unsur2 yg melanggar undang2 seperti yg dilakukan pada PRU 13 yg lepas?
Jestru apakah kita perlu terus bersengketa dan bertelagah sesama kita, kita terus syak wasangka sesama sendiri dan kita terus menimbulkan keraguaan dan kesangsian dan melebelkan sesaorang yg tak perlu lagi membuang masa dan tenaga diperingkat umornya yg dah tak lama lagi tinggal .
Apakah melempar tudohan dan mengungkit2 perkara silam ini semua boleh membantu kita Selamatkan Malaysia.
Tanya diri kita sendiri apakah kita ini bersih dari sebarang kelemahan dan kesilapan. Apakah kita ini terdiri dari kalangan yg maksum?
Mungkin kita perlu melihat wajah kita dicermin yang lebih besar
Deklarasi Rakyat BUKAN untok individu tertentu jauh sekali untuk kepentingan Tun Mahathir dan keluarga.