Malam ini (tadi) Pas akan umumkan calon bagi mewakili mereka untuk kerusi Parlimen Kuala Kangsar, tapi bukannya YDP Pas Kuala Kangsar Dr Raja Iskandar.
Pelik tapi benar, nama Dr Raja Iskandar tidak tersenarai sedangkan beliau YDP Pas di situ dan mantan Ketua Pemuda Pas Perak yang digeruni.
Tetapi beliau tidak menjadi calon pilihan Pas, adakah Pas Kuala Kangsar tidak menghantar nama beliau dan Pas Perak juga tidak menghantar namanya?
Adakah Pas seluruh Kuala Kangsar juga tidak bersetuju beliau menjadi calon Kuala Kangsar pada Prk yang akan diadakan pada 18 Jun ini nanti?
Difahamkan, akan ada Pas Cawangan menutup Bilik Gerakan mereka jika benar Dr Raja tidak dipilih menjadi calon Prk Kuala Kangsar .
Jika benar berlaku, apa reaksi beliau nanti? Rugi Pas tolak Dr Raja Iskandar di Perak.