PENDAPAT: Malam pengumuman calon Pas, sudah dijangka Dr Raja Iskandar ditolak oleh pimpinan Pas Perak dan Pas Pusat dengan meletak calon luar sebagai taruhan Pas pada PRK Kuala Kangsar ini.
Mengapakah Pas tolak tuah untuk mengalahkan BN dan Amanah dalam PRK pada 18 Jun ini dengan meletak risiko besar untuk tewas sekali lagi dengan meletak calon wanita untuk melawan wanita BN?
Dr Raja Iskandar adalah calon yang bukan sahaja ‘winnable’ tetapi juga ‘likeable’ yang dikenali ramai dengan watak yang mesra termasuk orang Umno selama ini.
Diharap Dr Raja Iskandar tidak merajuk dan membawa diri ke luar negara akibat permainan licik beberapa pimpinan Pas yang bimbang pengaruh beliau dan ketokohan beliau.
Dinasihatkan juga agar semua Pas Cawangan bergerak macam biasa, walaupun bukan Dr Raja Iskandar menjadi calon kerana Pesuruhjaya Pas Perak Haji Razman Zakaria akan sentiasa berada di Kuala Kangsar nanti.