Saya menyokong Amanah di dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Pada mulanya saya berharap Pas akan berada bersama-sama Pakatan Harapan. Pas bertanding melawan BN.
Ketepikan segala perbezaan di sebelah Pakatan. Bersatu untuk menuju ke Putrajaya. Lakukan pembaharuan besar-besaran.
Pimpin negara ini dengan lebih baik. Lakukan penjimatan dari segi perbelanjaan.
Lakukan pembaharuan di dalam bidang pendidikan. Keluarkan jaguh-jaguh dari sekolah-sekolah, maktab-maktab dan universiti-universiti. Negara lapar dengan pemimpin-pemimpin yang benar-benar amanah dan berwibawa.
Saya yakin sekiranya Pas, Amanah, PKR dan DAP bersatu sudah pasti mereka akan bentuk kerajaan baru dalam PRU14 dan boleh mengambil alih Putrajaya.
Mengapa ini tidak menjadi keutamaan mereka?
Kerajaan BN jelas banyak kelemahan hari ini. Terlalu banyak. Kalau begitu mengapa Pas tiba-tiba tukar pendirian?
Oleh itu, dalam keadaan begini pengundi-pengundi hendaklah keluar beramai-ramai menyokong Amanah. Amanah bersama-sama Pakatan Harapan hendaklah diberi peluang untuk menjadi pilihan rakyat Malaysia.
BN di satu pihak. Mungkin Pas bersama-sama di situ. Dan Pakatan Harapan (PH) di satu pihak yang lain. Rakyat Malaysia harus memilih antara satu. Sama ada kita pilih kerajaan BN atau kita pilih kerajaan PH.
Ini adalah realiti politik negara kita pada ketika ini. Siapa yang diharap boleh memimpin negara ini dengan lebih baik hendaklah kita pilih dalam Pilihanraya Umum ke 14.
Kita boleh menunjukkan sikap ini bermula dengan Pilihanraya Kecil di Sg Besar dan Kuala Kangsar. Bagi saya pilihan terbaik ketika ini ialah dengan mengundi Pakatan Harapan melalui Amanah.
Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.