Sekreateriat Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) melalui satu surat terbuka kepada Pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar mahu pengundi menolak calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.
Melalui kenyataan gabungan itu, yang merayu kepada pengundi supaya tidak mengundi calon BN pada PRK kali ini.
“Bukan kerana kita berpaling tadah tetapi atas dasar untuk memberi mesej bahawa kita menentang kemungkaran para pemimpinnya.
“Apa yang paling penting ialah kita ingin menyatakan kepada Datuk Seri Najib bahawa perbuatan salahguna kuasanya tidak boleh dimaafkan dan beliau sepatutnya berundur.
“Jika kita terus memangkah BN pada kali ini, maka hancurlah harapan anak cucu kita yang mengharapkan kita untuk memulakan perubahan,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut Sejak kebelakangan ini Umno telah tergelincir dari landasan sebenarnya. Perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara telah ditingggalkan oleh para pemimpinnya.
Amalan rasuah, salahguna kuasa dan sikap berlumba lumba mencari kekayaan peribadi merupakan perjuangan pemimpinnya pada hari ini.
“Mengisafi hakikat ini, kami akhirnya menubuhkan GKCM yang merupakan gabungan ketua-ketua cawangan Umno bertujuan membetulkan keadaan dalam Umno.
“Kami sedar kami akan ditentang habis-habisan oleh mereka yang mempunyai kuasa ketika ini.
“Namun kami ingin melihat pemimpin-pemimpin Umno mengambil contoh kepimpinan Khulafah Al Rashidin dalam memimpin rakyat negara ini
“GKCM tercari cari pemimpin-pemimpin yang menjadikan Saidina Umar sebagai ikon dalam amalan kepimpinannya.
“GKCM juga ingin melihat bagaimana para pemimpin Umno menggunakan kekayaan peribadi mereka untuk berkhidmat ke jalan Allah dan kepimpinan mereka.
“Malangnya pemimpin Umno yang ada pada hari ini lebih sibuk berebut rebut mencari kekayaan peribadi dan mengumpul harta melalui amalan yang tidak dibenarkan oleh Islam,” dakwa GKCM.
Kenyatana itu juga meyebut GKCM berharap janganlah kerana ‘hadiah- hadiah’ akan menyebabkan pengundi menggadai masa depan anak cucu di masa hadapan.
“Bila Najib beri ‘hadiah’ kerana niat mahu undi itu ‘rasuah’ namanya.
“Jika wang itu kita terima dan kerananya kita tidak beri undi yang diminta berertilah kita tolak malah ‘menentang rasuah’.
“Sebaliknya kita berdoa supaya Najib bertaubat dan berhenti dari jadi Perdana Menteri supaya tokoh Umno yang lain dapat mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan memulihkan Umno untuk menang dalam PRU ke 14,” tegas kenyataan itu.