Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkifly Ahmad yakin calon parti itu ustaz Azhar Ab Shukur mampu menang dalam pilihan raya kecil Sungai Besar.
Ikuti temubual bersama beliau baru-baru ini:
SPD: Bagaimanakah sambutan terhadap kempen Amanah di Sungai Besar?.
Dr Dzul: Kita mula agak slow, namun momentum semakin baik. Jalinan kerja dengan PKR dan DAP memberi isyarat bahawa kita dapat gandingan yang baik kali ini. Walaupun kita tahu, sumber tenaga, memang ada kekurangan.
Memang saya cemas pada awalnya, sekarang saya turun lebih kerap. Saya di Sungai Besar dari 7 pagi hingga 3 petang. Saya tengok sendiri dan saya berani katakan bahawa kalau begini terus-terusan sampai ke garis penamat, kita mempunyai peluang yang sangat baik.
SPD: Secara keseluruhan sokongan pengundi Melayu bagaimana?
Dr Dzul: Bila kita kata pengundi Melayu, kita perlu segmentasikan mereka. Pengundi Melayu ini ada yang berpihak kepada Umno, yang tegar dan mengundi mereka dalam PRU yang lalu serta bukan tegar.
Ada di sana dalam lebih 20% (Melayu) yang mengundi Umno dan juga pengundi Pas. Jadi kalau saya average kan ada 20% hingga 30% pengundi Melayu yang boleh berganjak, boleh cross.
Inilah undi sasaran yang tengah kami perhatikan sekarang ini. Dan sama ada mereka itu, di bandar di kampung, di pinggir bandar. Jadi sasaran kerja kami, bila kami tengok pengundi tu kami kenal pasti dan kami terus kepada sasaran.
Yang mana tak mahu beli produk kami, tak payahlah nak spend time, waste money and time resources.
SPD: Apakah penyebab pengundi Melayu beralih?
Dr Dzul: Undi Melayu ni yang kecewa kepada Najib dan mahukan perubahan.
Undi yang kecewa kepada Presiden PAS kerana arah tuju perjuangan sudah kabur. Jadi mereka juga akan mengundi kami, untuk mengajar pimpinan mereka. Itulah ada 2 kumpulan yang besar.
SPD: Pengundi Pas mungkin kata akan undi Amanah tetapi sampai masa mereka walak atau tak keluar mengundi?
Dr Dzul: Saya yakin, perkara itu (undi Amanah) akan berlaku. Kita tahu Pas sendiri berhadapan dengan masalah calon. Calon mereka ditolak oleh Dewan Ulama Selangor. Di situ sudah wujud sedikit konflik dan pemberontakan dalam parti.
SPD: Jadi Amanah nak ambil segmen penyokong Pas atau BN ?
Dr Dzul: Kedua-duanya.
SPD: Adakah Dr yakin kedua-dua itu akan ‘cross’?
Dr Dzul: Saya yakin, sebab saya turun (buat tinjauan). Setiap malam saya pergi ke masjid, surau, lepas more saya duduk dengar.
Yang daripada Umno ada dan bukanlah saya orang untuk menyakinkan mereka. Mereka yakin dengan Tun Mahathir, sebab Tun datang berkempen.
SPD: Kedatangan Tun Mahathir pada 12 Jun lalu beri kesan besarkah?
Dr Dzul: Ya, memang besar. Sebab itu, dalam politik ni kaedahnya perlebarkan kawan, perkecilkan lawan. So itulah hakikatnya. Dalam politik itu you always in large circle of friends. Dan pada lawan itu kita kecilkan.
Jadi anybody for what ever reason membantu kita, menyokong kita. Kita mesti terbuka untuk menerima mereka. Yang dulu biarlah berlalu.
SPD: Adakah faktor pengundi atas pagar sangat penting kali ini?
Dr Dzul: Faktor atas pagar sangat penting. Dan ini, setelah apa yang kita saksikan, pemberontakan dalam Pas, keberontakan dalam Umno, faktor atas pagar amat besar.
Pas akan mengalami ketirisan undi. Di situ kami nak still the road share. Sebab kita parti baru. Kita belum ada pengundi tegar . Pilihan raya ini akan memulakan hard core supportes of Amanah.