Peratusan keluar mengundi yang tinggi di Sungai Besar memberi harapan calon Amanah ustaz Azhar Shukur mungkin memenangi pilihan raya kecil itu..
Ketika ditemui media di Sg Besar Azhar Shukur pada jam 9.00 pagi tadi beliau membayangkan kemenangan Amanah adalah cerah.
“Yang kita lihat sokongan kepada kita ramai. Insyallah ada peluang. Setakat ini saya puas hari.
” Kita melihat Gabungan Pakatan Harapan membentuk satu perkataan yang kuat di Sg besar . Kita jugak dapat sokongan dari orang yang kecewa dengan Umno,” katanya yang hadir bertemu pengundi dengan diiringi isterinya.
Dalam pada masa sama, Azhar juga berharap suasana tenang dan aman yang berlangsung semasa kempen dapat dikekalkan sehingga pengumuman pengundian malam ini.
Malah beliau juga berharap tidak ada pihak yang tidak bertaggungjawab melakukan sebarang provokasi dan berlawan secara sihat