Pemuda AMANAH Negeri Perak membuka ruang seluas-luasnya kepada bekas Bendahari Umno yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah bagi menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
Pelawaan tersebut dikemukakan oleh Setiausaha Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak Safarizal Saleh. Menurut beliau, sekiranya Husni berhasrat untuk terus memperjuangkan keadilan maka wadah AMANAH adalah lebih sesuai berikutan penamatan perkhidmatan beliau sebagai Menteri Kewangan Kedua dalam rombakan Kabinet Malaysia, semalam.
“Pemuda AMANAH Perak yakin banyak isu disebalik penamatan perkhidmatan sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden Umno Dato’ Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak semalam yang amat mengejutkan.
“Pemuda AMANAH Perak juga memuji tindakan Dato’ Seri Husni yang melepaskan jawatannya kerana kami yakin pastinya ada isu-isu yang meruncing di dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) sehinggakan Dato’ Seri Husni bertindak melepaskan semua jawatan yang disandang beliau.
“Sudah tentu isu itu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu derma yang masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib dan yang terbaru isu pemecatan Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin dan juga Dato’ Seri Paduka Mukhriz Mahathir dari Umno,” katanya dalam satu kenyataan.